Now Reading
Reaksi Pemain Muzik Big Stage Selepas Rossa Tiba-tiba Sambung Nyanyi Korus Lagu Jadi Perhatian

Reaksi Pemain Muzik Big Stage Selepas Rossa Tiba-tiba Sambung Nyanyi Korus Lagu Jadi Perhatian

Aksi Rossa menyambung nyanyian korus lagu Pudar itu di rancangan Big Stage membuatkan pemain muzik latar belakang terkejut untuk mencari ‘key note’ secara spontan.

rossa big stage

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kalau anda perasan, kebanyakan rancangan hiburan secara langsung di televisyen akan mempunyai kumpulan band muzik yang mengiringi setiap persembahan bunyi latar belakang muzik tetapi kita tak nampak kumpulan yang memainkannya.

Mungkin ada yang terfikir muzik tersebut hanya dimainkan secara automatik menggunakan rakaman sahaja, namun sebenarnya ada kumpulan di bahagian belakang pentas yang akan dipertanggungjawabkan untuk urusan sebegini.

Antara contoh rancangan televisyen yang dimaksudkan adalah seperti Big Stage, Gegar Vaganza, MeleTOP dan banyak lagi.


Pemain Muzik Latar Belakang Rancangan Big Stage Terkedu Cari ‘Key Note’ Bila Rossa Tiba-tiba Sambung Menyanyi Korus Lagu Pudar

Rancangan Big Stage 2023 Minggu Keenam pada Ahad lalu (11 Jun) telah menjemput penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Rossa sebagai juri jemputan mereka.

Ketika memperkenalkan Rossa sebagai juri jemputan, penggiat seni itu sempat menyanyikan lagu popularnya bertajuk Pudar sebagai pembuka.

Mengikut perancangan, Rossa sepatutnya menyanyikan lagu tersebut sehingga sebelum tiba korus lagu. Tetapi secara tiba-tiba, Rossa menyambung nyanyian korus dengan meminta penonton menyanyikan bahagian tersebut bersama-sama.

Aksi spontan itu membuatkan pemain muzik latar di belakang pentas terkejut dan kelam kabut mencari ‘beat’ dan mengejar tempo bagi mengikut nyanyian Rossa sewaktu menyanyikan korus lagu Pudar.

Walaupun dalam keadaan spontan, mereka tetap berjaya memainkan latar belakang muzik dengan baik.

Reaksi pemain muzik latar belakang itu sempat dirakam dan dimuat naik di laman TikTok (@penbasschannel) dan mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1,000,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.

@pennbasschannel

bila penyanyi TERLUPA lagu DAH POTONG #bigstage #bigstage5 #bigstage2023 #bandleman #tungganglanggang @chaan_tiktok @fahrulmirzad @emypakokgitar @jadlobo33 @safuan_razali

♬ original sound – PennBassChannel – PennBassChannel

Netizen Pun Terhibur, Puji Persembahan Muzik Latar Belakang Secara Spontan Dimain Dengan Baik

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terhibur melihat gelagat pemain-pemain muzik itu yang terkejut selepas mendapat tahu Rossa menyambung nyayian lagu Pudar secara spontan.

Sesetengah penonton rancangan tersebut juga tersedar dengan bunyian muzik yang agak perlahan pada ketika itu. Selepas melihat video ini, baru mereka faham situasi sebenar yang berlaku.

Bahkan video perbandingan ‘back stage’ dan ‘on stage’ turut dikongsikan oleh pengguna Twitter (@IniAlalalan).

Aksi mereka memainkan muzik latar belakang dengan spontan juga mendapat pujian kerana ia merupakan salah satu perkara yang mencabar dan telah berjaya membuktikan kemampuan mereka.


Senarai Konsert Yang Bakal Diadakan Di Malaysia Pada Tahun 2023

Perasan tak, ada banyak artis yang akan membuatkan persembahan konsert secara ‘live’ di Kuala Lumpur pada tahun 2023.

Sama ada artis tempatan atau antarabangsa, memang ramai yang tidak ketinggalan untuk melakukan persembahan kepada rakyat Malaysia.

Antara konsert yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun ini adalah:

  • Rossa Another Journey The Beginning di Zepp KL (14 Julai 2023)
  • Cigarettes After Sex (CAS) di Zepp KL (15 dan 16 Julai 2023)
  • Muse: Will Of The People di Stadium Nasional Bukit Jalil (29 Julai 2023)
  • LANY: First The Moon, Then The Stars: A Tour Before A World Tour di Zepp KL (24 Ogos 2023)
  • Aku Faizal Tahir di Pusat Dagangan Dunia (2 September 2023)
  • Coldplay Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil (22 November 2023)

BACA JUGA: Faizal Tahir Anjur Konsert 2 September Ini, Harga Tiket Bermula Dari RM488

BACA JUGA: 11 Syarikat Buat Iklan ‘Catchy’ Sempena Konsert Coldplay Live In KL. Kreatif Betul!

BACA JUGA: Konsert Muse Di Malaysia 29 Julai Ini, Harga Tiket Bermula RM350


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd