Now Reading
Konsert Muse Di Malaysia 29 Julai Ini, Harga Tiket Bermula RM350

Konsert Muse Di Malaysia 29 Julai Ini, Harga Tiket Bermula RM350

Jualan tiket untuk konsert Muse: Will Of The People World Tour pada di Malaysia akan mula dijual pada 3 Mac ini jam 10:30 pagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berita baik untuk peminat kumpulan rock Inggeris terkenal iaitu Muse, kerana kumpulan ini akan datang ke Kuala Lumpur sekali lagi pada Julai ini.

Nak tahu apa yang lagi best? Malaysia adalah satu-satunya negara Asia dalam senarai siri jelajah Will Of The People World Tour. Beruntung ya rakyat Malaysia!

Kali terakhir Muse membuat persembahan konsertnya di Malaysia adalah pada 16 tahun lalu (2007) di Stadium Negara.

Antara lagu popular yang dinyanyikan oleh Muse adalah seperti:

Pihak penganjur iaitu Hello Universe mengumumkan bahawa kumpulan ini yang telah memenangi Anugerah Grammy sebanyak dua kali bakal mengadakan konsert pada 29 Julai 2023.

Memetik laporan New Straits Times, CEO Hello Universe Adam Ashraf berkata ini adalah sebahagian daripada misi syarikat untuk meletakkan Malaysia sebagai salah satu destinasi konsert pilihan untuk artis antarabangsa.

Kami berbangga kerana Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada siri jelajah dunia mereka. Hello Universe berharap konsert yang akan datang ini dapat membantu mendorong kementerian yang berkaitan untuk benar-benar melihat potensi bagaimana acara hiburan mampu menjadi pemangkin sektor pelancongan.

CEO Hello Universe Adam Ashraf.

Beliau juga menambah bahawa lokasi konsert itu berkemungkinan akan dilakukan di kawasan ‘outdoor’ yang boleh memuatkan 50,000 orang. Buat masa ini, butiran tentang lokasi tersebut akan diumumkan kemudian.

Hello Universe juga merancang untuk menganjurkan uji bakat kumpulan di mana Muse sendiri akan memilih pemenang untuk membuat persembahan sebagai aksi pembukaan mereka di KL. Terma dan syarat akan diberitahu kelak.

Setakat ini, berikut adalah butiran tentang konsert yang telah diumumkan:

Muse: Will Of The People World Tour

  • Tarikh: 29 Julai 2023
  • Lokasi dan masa: Masih belum ditentukan
  • Harga Tiket: RM350, RM550, dan RM950
  • Tarikh Prajualan: 2 Mac 2023 (Khamis), 10:00 AM
  • Tarikh Jualan Am: 3 Mac 2023 (Jumaat), 10:30 AM

Pembelian tiket boleh dilakukan dengan klik [DI SINI].

Jangan lupa buat alarm di telefon anda untuk membeli tiket konsert Muse ini.

Disebabkan Malaysia merupakan satu-satu negara Asia dalam siri jelajahnya, mesti akan ada ramai peminat lain dari luar negara yang juga ingin membeli tiket konsert ini.

Ketika penjualan tiket konsert CAS yang diuruskan oleh pihak Hello Universe juga katanya ‘sold out’ dalam masa 15 minit sahaja!

Dengar cerita pihak penganjur masih dalam perbincangan untuk menganjurkan konsert CAS untuk hari kedua. Harap-harap ada berita baik pula untuk peminat CAS di Malaysia.

BACA JUGA: ‘Cigarettes After Sex’ Is Coming To Malaysia This July! Tickets Available On Friday

Bagi mendapatkan maklumat terkini tentang konsert ini, jangan lupa ikuti laman Instagram dan Twitter mereka.

BACA JUGA: 2023 Sees Concert Scene In Malaysia Alive And Kicking, Check Out What’s In Store February Till May

BACA JUGA: Good Vibes Festival 2023 Sambut Ulang Tahun Ke-10, Tampilkan The 1975 & The Strokes!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd