Faizal Tahir Anjur Konsert 2 September Ini, Harga Tiket Bermula Dari RM488
Jualan tiket untuk Konsert ‘Aku Faizal Tahir’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC) akan mula dibuka pada 14 Jun 2023 jam 10:00 pagi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Penyanyi terkenal tempatan iaitu Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohamad Tahir berusia 36 tahun adalah salah seorang penggiat seni yang sudah lama bertapak dalam industri muzik negara.
Kalau anda nak tahu, Faizal Tahir mula dikenali ramai selepas dia dinobatkan sebagai naib juara musim pertama rancangan realiti televisyen One In A Million (OIAM).
Antara lagu popularnya adalah Santai, Gemuruh, Ragaman dan Negaraku.

Konsert ‘Aku Faizal Tahir’ Pada 2 September Ini Di Pusat Dagangan Dunia (WTC)
Menerusi ciapan dimuat naik oleh Faizal Tahir di laman Twitter miliknya (@faizal_tahir), penyanyi yang sudah 17 tahun terlibat dalam industri muzik itu berkata dia sudah lulus untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang ramai.
Menurutnya, tempoh 17 tahun itu ibarat individu yang baru tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh memberikan sesuatu kepada keluarga.
Kalau dalam realiti kehidupan, umur 17 tahun ni kita baru habis SPM. Baru ada rasa sesuatu yang kita mampu berikan kepada keluarga dan orang sekeliling. Macam tu la saya rasa penglibatan saya dalam industri muzik ni. 17 tahun. Akhirnya saya rasa saya dah lulus dan mampu memberikan sesuatu yang baik dan bermanfaat kepada orang sekeliling.
Faizal Tahir.
Bersempena dengan itu, Faizal mengumumkan khabar gembira bahawa dia akan mengadakan Konsert ‘Aku Faizal Tahir’ pada 2 September 2023 jam 8:30 malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Juala Tiket Untuk Konsert ‘Aku Faizal Tahir’
Harga tiket bagi Konsert ‘Aku Faizal Tahir’ adalah seperti berikut:
- Platinum: RM488
- Diamond: RM588
- VIP: RM688
Kedudukan tempat duduk boleh dirujuk di bawah:

Kepada peminat, anda boleh mendapatkan tiket bermula 14 Jun ini jam 10:00 pagi dan pembelian boleh dilakukan [DI SINI].
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, konsert AKU FAIZAL TAHIR bakal berlangsung pada 2 September 2023 di World Trade Centre, Kuala Lumpur. pic.twitter.com/8YokfQXeRO
— Faizal Tahir (@faizal_tahir) June 8, 2023
Pengumuman Faizal Tahir Tentang Konsert ‘Aku Faizal Tahir’ Raih Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai
Pemberitahuan tentang Konsert ‘Aku Faizal Tahir’ itu yang diumumkan oleh penyanyi itu sendiri mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Ada yang tak sabar nak tengok persembahan Faizal Tahir secara ‘live’. Namun, ada juga yang memberi pendapat tentang harga jualan tiket dikatakan agak mahal kepada sesetengah masyarakat.
Malah, segelintir netizen meminta agar Faizal menurunkan sedikit harga tiket jualan konsert tersebut agar ia mampu dibeli.
Bila kami baca di ruangan komen, ramai yang mahu pergi ke Konsert ‘Aku Faizal Tahir’ tetapi tidak mampu menanggung harga tiket jualan.




Profil Ringkas Tentang Faizal Tahir
Penyanyi yang dilahirkan pada 26 Oktober 1987 ini dahulunya merupakan bekas ahli kumpulan nasyid bernama Mirwana dan pernah menjadi seorang pengacara televisyen.
Selain dari aktif menghasilkan muzik, penyanyi ini juga bergiat aktif dalam misi memberikan bantuan kepada rakyat di Syria.

Bukan itu sahaja, Faizal memiliki syarikat rakamannya tersendiri iaitu Faithful Music dan telah menerbitkan lima album studio, satu album kompilasi dan satu album secara langsung.
Faizal juga pernah merangkul beberapa anugerah di Anugerah Juara Lagu Ke-23 pada tahun 2009. Antaranya:
- Persembahan Terbaik
- Vokal Terbaik
- Juara Kategori Balada
Kemudian pada tahun 2019, Faizal mengumumkan dia mahu berehat seketika dari bidang muzik untuk tempah yang panjang.
Walaupun Faizal boleh dikatakan agak lama dalam industri, tetapi penyanyi ini masih mempunyai ramai peminat sehingga kini kerana bijak mengikut peredaran zaman di dalam industri muzik tanah air.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.