Now Reading
“Sebab Jamming Kan, Boleh Ulang Balik” – Siti Nurhaliza Lupa Lirik Lagu Digarhayu Saat Konsert Faizal Tahir. Comel Je!

“Sebab Jamming Kan, Boleh Ulang Balik” – Siti Nurhaliza Lupa Lirik Lagu Digarhayu Saat Konsert Faizal Tahir. Comel Je!

Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mendendangkan lagu berjudul Dirgahayu ketika sesi ‘jamming’ di Konsert Aku Faizal Tahir pada 2 September lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Konsert Aku Faizal Tahir yang dipersembahkan oleh Allianz telah berlangsung pada 2 September baru-baru ini. Ia dijalankan di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur di mana ia merupakan tempat yang penuh sejarah buat Faizal Tahir yang telah beberapa kali melakukan persembahan di pentas tersebut.

WTC yang sebelum ini dipanggil sebagai Putra WTC atau PWTC merupakan tempat di mana finale One In A Million musim pertama berlangsung pada tahun 2006.

Ketika itu, Faizal merupakan antara kontestan finale dan telah meraih tempat kedua bagi pertandingan tersebut.

Selepas 17 tahun berkecimpung dalam industri muzik, ‘Aku Faizal Tahir’ merupakan konsert sulung pertamanya. Bukan sahaja menghiburkan para peminat dengan nyanyian lagu dan persembahan yang mempunyai faktor X, konsert ini sedikit sebanyak turut menyelusuri kisah Faizal dalam dunia hiburan.

Faizal Tahir memulakan konsert dengan nyanyian lagu ‘Mahakarya Cinta’, single original pertamanya yang dipentaskan di finale One In A Million. Menggayakan pakaian berwarna putih tanpa berkasut, Faizal menyifatkannya sebagai simbol seseorang baru dilahirkan ke dunia dalam keadaan suci dan bersih dari dosa.

Konsert diteruskan dengan lagu OK ketika mana penonton dihujani oleh ‘duit kertas’ Bank Opah Kamu. Konsert Aku Faizal Tahir turut menampilkan Sabri Yunus bersama satu kumpulan dikir barat ketika persembahan lagu ‘Negaraku’.

Penonton juga dilibatkan dalam konsert tersebut apabila Faizal meminta mereka mengibarkan Jalur Gemilang ketika mempersembahkan lagu ‘Malaysia’.

Antara lagu lain yang turut didendangkan sepanjang malam itu adalah Cuba, Bencinta, Sejati, Fire & Water dan Santai.

Siti Nurhaliza & Alif Satar Spontan Naik Ke Pentas

Pada awal konsert, Faizal telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Alif Satar kerana hadir ke konsert tersebut. Namun siapa sangka mereka berdua akan turut naik ke pentas dan bernyanyi bersama-sama Faizal!

Menghampiri penghujung konsert, Faizal kelihatan lebih bersahaja sambil mengendong gitar akustik. Menyifatkan sebagai sesi ‘jamming’, beliau terbuka untuk menerima permintaan lagu daripada para penonton.

Ramai penonton melaungkan lagu Dirgahayu, yang kemudiannya menjadi lebih kuat apabila Datuk Siti memberi ‘hint’ ingin naik ke atas pentas.

Seorang pengguna TikTok (@ss7punya) telah berkongsi video Datuk Siti di konsert tersebut. Beliau kelihatan meminta kebenaran suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk melakukan persembahan secara spontan.

@ss7punya Unplanned performance by Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir. #iamfaithmen #akufaizaltahir #sitinurhaliza #faizaltahir ♬ original sound – SS7

Datuk Siti dan Faizal mempersembahkan lagu Dirgahayu yang sememangnya nyanyian duet mereka berdua. Datuk Siti yang terlupa lirik selepas korus berkata memandangkan ia satu sesi ‘jamming’, beliau meminta untuk mengulang kembali bahagiannya.

@divasitism lama min x dgr lagu ni live dari Dato Sri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir . #sitinurhaliza #datosrisitinurhaliza #vokalterbaikmalaysia #laguviral #industrimalaysia #hiburanmalaysia #industriindonesia #trending #tiktokawardsmy #malaysiano1singer #penyanyino1malaysia #dirgahayu #faizaltahir #faizaltahirliveinkl #fy #fypシ #foryoupage #foryou #masukberanda #foryourpage #fypシ゚viral ♬ original sound – sitinurhalizamoments

Dalam pada itu, Faizal berkata kali terakhir dia menyanyikan lagu Dirgahayu adalah ketika Anugerah Industri Muzik (AIM) 22 pada tahun 2016, juga di WTC.

Faizal kemudian berseloroh bertanya kepada Alif Satar jika ingin turut naik ke atas pentas untuk menyanyi bersama. Alif menerima jemputannya dan mereka bersama-sama menyanyikan lagu Gemuruh.

@niiaaiinn Gemuruh by faizal tahir & aliff satar #gemuruh #gemuruhjiwa #gemuruhfaizaltahir ##akufaizaltahir #akufaizaltahirliveinkualalumpur #faizaltahir #gemuruhfaizaltahir ♬ original sound – NA

Sebelum memulakan persembahan, Alif sempat mengimbau kembali saat sebagai kontestan One In A Million bersama-sama Faizal yang merupakan rakan sebiliknya ketika itu.

Di penghujung konsert, Faizal berkongsi cita-citanya untuk mengadakan satu konsert besar percuma buat para peminatnya jika diberi peluang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd