Now Reading
Isu Dakwaan ‘Gimik’ Salah Umum Nama Pemenang, Ketua Pengarah RTM Tampil Perjelas Perkara Sebenar

Isu Dakwaan ‘Gimik’ Salah Umum Nama Pemenang, Ketua Pengarah RTM Tampil Perjelas Perkara Sebenar

Pengacara Bintang Kecil RTM cuba untuk mengawal keadaan ketika masalah teknikal berkaitan lampu berlaku tetapi dikatakan telah terlambat.

gimik salah umum nama pemenang (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Ahad lalu (3 September), rancangan nyanyian Bintang Kecil RTM untuk episod terakhir yang bakal menentukan pemenang dalam kalangan peserta dipercayai telah melakukan beberapa kesilapan sehingga mencetuskan kontroversi.

Oleh kerana perkara yang berlaku, rancangan itu yang dihoskan oleh Sweet Qismina dan Azam Pitt telah mendapat kecaman ramai.

Apa sebenarnya yang berlaku?


Pengacara Tersalah Umum Nama Pemenang Untuk Kategori Anugerah Persembahan Terbaik Bintang Kecil RTM

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok Lany Ishak (@lanyishak), antara kesalahan yang dipercayai dilakukan oleh Sweet Qismina adalah ketika mahu mengumumkan nama pemenang bagi kategori Anugerah Persembahan Terbaik.

Dalam keadaan berdebar-debar menunggu keputusan sebelum nama diumumkan, dua orang peserta telah bersedia di atas pentas.

Namun sebelum nama diumumkan, hiasan lampu berlegar di sekitar pentas dan secara tiba-tiba ia berhenti di atas seorang peserta bernama Farha.

Situasi itu membuatkan Farha terduduk di atas lantai kerana terkejut diumumkan sebagai pemenang.

Detik gembira Farha walau bagaimanapun hanya kekal beberapa saat selepas Sweet memberitahu ia adalah gimik sahaja sebelum mengumumkan seorang lagi peserta adalah pemenang sebenar iaitu Kiki.

Sebelum mengakhiri rancangan, Sweet tampil memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan mengakui dirinya agak gementar ketika mahu mengumumkan nama pemenang.


Ramai Netizen Geram Dengan Pengacara Rancangan Bintang Kecil RTM Yang Buat Gimik Salah Umum Nama Pemenang

Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan bengang dengan tindakan pengacara itu yang dikatakan membuat gimik tanpa mengikut situasi yang bersesuaian iaitu ketika mahu mengumumkan nama pemenang.

Gimik yang dilakukan juga menyebabkan ramai netizen yang kasihan dengan peserta dinobatkan sebagai naib juara kerana seolah-olah memberi harapan palsu kepadanya.

Malah mereka juga menyelar pihak produksi atas masalah yang berlaku ketika rancangan tersebut.

gimik salah umum nama pemenang (2)
Sumber: TikTok

Ketua Pengarah RTM Tampil Mohon Maaf Dan Beri Penjelasan

Susulan kontroversi yang berlaku, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman X (Twitter @suhaimisulaiman) tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan sebenar.

Suhaimi menjelaskan perkara itu berlaku disebabkan oleh masalah teknikal melibatkan format pencahayaan lampu di atas pentas.

Saya tahu perasan Kiki dan Farha tertekan kerana format lampu akan menyala kepada peserta yang menang. Kiki diangkat sebagai juara, tetapi lampu menyala ke atas Farha. Jadi, saya minta maaf bagi pihak RTM.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Datuk Suhaimi Sulaiman.

Jelasnya lagi, pengacara Azam telah cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan ketika format lampu mengalami masalah tetapi dikatakan agak terlambat.

Azam cuba membetulkan keadaan, tetapi agak terlambat sebab lampu sudah terlalu lama menyala dan tak dapat bergerak hingga tersekat, sekali gus memberi tekanan.

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Datuk Suhaimi Sulaiman.

Di akhir video, Suhami mendoakan kejayaan kedua-dua peserta tersebut pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: Netflix Malaysia Mohon Maaf, Dakwaan Pelakon Iedil Dzuhrie Hilang Di Manila Hanya Gimik Untuk Filem

Artikel Berkaitan: Hidangan Untuk Kaki Bawang’ – Iqram Dinzly Mengaku Isu Cekik Mona Allen Hanya Gimik

Sumber: TikTok Lany Ishak | Twitter Suhaimi Sulaiman


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd