Now Reading
“Pelakon Bijak” – Profesor Dumbledore Hembus Nafas Terakhir Di Usia 82 Tahun

“Pelakon Bijak” – Profesor Dumbledore Hembus Nafas Terakhir Di Usia 82 Tahun

Michael Gambon menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit Pneumonia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja Harry Potter, pasti ramai akan tahu tentang filem yang telah disiarkan sejak tahun 2011 ini lebih-lebih lagi ‘Potterheads’.

Filem unik mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang lahir dari keluarga magis ini sememangnya menambat hati jutaan orang di luar sana.

Bukan sahaja terkenal di serata Eropah, malah karya filem tersebut digemari rata-rata penonton di seluruh dunia yang terdiri daripada kalangan orang muda dan tua.


Michael Gambon Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun

Baru-baru ini, dunia telah dikhabarkan dengan berita dukacita tentang pemergian seorang bintang hebat daripada filem Harry Potter iaitu Michael Gambon yang memegang watak Profesor Albus Dumbledore.

Menurut waris, pemergian Gambon adalah disebabkan oleh penyakit Pneumonia yang dihadapinya.

Gambon telah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada Rabu (27 September) ketika berusia 82 tahun di sisi ahli keluarga tercinta.

“Michael meninggal dengan tenang di hospital di samping isteri, Anne dan anak, Fergus akibat pneumonia,” kata keluarganya.

Tambah mereka, ahli keluarga memohon jasa baik semua untuk memberikan ruang dan privasi agar boleh melalui waktu-waktu yang sukar ini.

“Terima kasih atas segala ucapan, sokongan dan cinta yang diberikan,” jelas waris.

Susulan berita menyayat hati tersebut, aktor Daniel Radcliffe yang memegang watak Harry Potter juga sempat meluahkan rasa duka cita dengan kehilangan ini.

“Selain memiliki bakat luar biasa, seperkara yang saya ingat adalah kecintaannya terhadap dunia lakonan,” katanya.


Serba Sedikit Profil Mendiang Michael Gambon

Dilahirkan di Dublin, Ireland pada 19 Oktober 1940, Gambon iaitu seorang pelakon Irish telah memulakan kerjaya lakonanannya sebagai salah seorang anggota rasmi di Royal National Theatre.

Tidak hanya berkecimpung dalam dunia pementasan teater, dia juga membintangi siri televisyen dan antara watak yang cukup dekat dengan perwatakannya adalah detektif Perancis, Jules Maigret dalam siri Maigret.

Pelakon veteran ini kemudian mengasah bakat lakonannya dengan menyertai filem Harry Potter iaitu memegang watak Profesor Albus Dumbledore pada tahun 2004 hingga 2011.

Untuk info, Gambon telah memainkan watak berkenaan menggantikan Richard Harris yang meninggal dunia pada tahun 2002.

Sepanjang enam dekad, Gambon telah dinobatkan dengan pelbagai anugerah besar termasuk Anugerah Olivier, The British Academy Film Awards (BAFTA) dan Anugerah Emmy.

dumbledore meninggal dunia
Sumber: Variety

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Homestay Di Petaling Jaya Ini Tawar Tema Harry Potter Buat ‘Potterheads’

Baca Artikel Berkaitan: Harry Potter Actor Robbie Coltrane Dies At The Age Of 72

Baca Artikel Berkaitan: The New Fantastic Beasts Movie Is Coming Out! Here’s How To Binge All The Harry Potter Movies At Home

Sumber: Buletin TV3 | Wikipedia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd