[Video] Homestay Di Petaling Jaya Ini Tawar Tema Harry Potter Buat ‘Potterheads’
Penginapan ini mempunyai semua ciri ikonik yang boleh dinikmati oleh Potterhead.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Seperti yang kita semua ketahui, Harry Potter merupakan salah satu karya fiksyen terbaik sama ada dalam bentuk buku mahupun filem. Malah, ia tetap menjadi sebahagian besar zaman kanak-kanak majoriti masyarakat di seluruh dunia.
Nak cakap punyalah terkenal, sehinggakan ada peminat yang mencipta ‘nickname’ tersendiri iaitu: Potterheads.
Kepada semua Potterheads di luar sana, Wizarding World Suite adalah penginapan berkonsep Harry Potter yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Baru-baru ini, pencipta kandungan dan hos televisyen Mark O’Dea telah memuat naik video tempat tersebut menerusi Tiktok.
@markodea8 Tag a friend who you want to bring here 😮😮 #harrypotter #tiktokmalaysia #SembangEntertainment ♬ original sound – Mark Odea (ALAMARK!)
Tempat ini adalah lokasi paling dekat di Malaysia di mana seseorang itu akan dapat menikmati sendiri pengalaman seakan-akan berada di Hogwarts.
Perasaan teruja ketika berada di tempat yang mereplikasi sekolah ikonik tersebut tidak boleh digambarkan dengan kata-kata, tetapi hanya dapat difahami oleh ‘geng Potterheads’ sahaja.
Terdapat banyak ciri di tempat penginapan ini yang akan membuat anda merasai keajaiban dunia sihir walaupun anda seorang muggle.
Anda dapat “bertemu” sorting hat yang mengetahui bahawa Harry sepatutnya berada di Slytherin tetapi memenuhi permintaannya untuk bergabung dengan Gryffindor.
Selain itu, anda boleh menikmati kebijaksanaan daripada Wall of Headmaster di Hogwarts Great Hall dengan lilin-lilin terapung, di mana anda juga boleh menjamu selera. Di tengah-tengah, anda akan melihat Elder Wand, Albus Dumbledore, dan Professor Severus Snape, the Half Blood Prince.
Sama seperti di dalam filem-filemnya, anda boleh bersantap di hadapan ahli sihir hebat ini.
Bahagian terbaik tentang penginapan ini adalah anda boleh memilih tongkat ajaib kegemaran anda yang digunakan oleh watak-watak dalam Harry Potter daripada Ollivander.
Terdapat juga Kotak Quidditch yang dilengkapi dengan Golden Snitch. Ia boleh dilihat di pintu masuk penginapan yang direka mengikut platform 9¾ yang terkenal. Anda juga boleh mengucapkan ‘Hello’ kepada Hedwig di pintu masuk.
Untuk rekod, tempat penginapan ini boleh menampung lima (5) orang sekaligus dan juga menyediakan sewaan kostum jika anda ingin mendapatkan pengalaman Hogwarts yang lebih mantap.



Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.