[Video] Naik Flying Fox Pakai Jubah Bak Harry Potter, Aksi Lelaki Ini Raih Perhatian
Lelaki berkenaan dilihat memakai pakaian jubah berwarna hitam dan mafla kuning berbelang merah seperti watak Harry Potter ketika menuruni flying fox.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau korang yang pernah naik flying fox di kawasan tinggi, confirm akan rasa berdebar seperti mahu ‘gugur’ jantung tengok apabila lihat ke bahagian bawah.
Penulis sendiri pernah menuruni flying fox di Sunway Lagoon, memang bergetar lutut waktu pekerja melepaskan pegangan pada tali keselamatan.
Pengalaman menaiki aktiviti sukan lasak ini mungkin agak berbeza bagi setiap orang. Percayalah, mesti ada yang menutup mata sepanjang menuruni flying fox kerana gementar.
Lelaki Ini Naik Flying Fox Dengan Pakaian Seperti Harry Potter
Berbeza pula dengan pengalaman seorang pengguna TikTok (@zulhilmiweng) yang dilihat tampil unik ketika menuruni flying fox.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat memakai pakaian jubah berwarna hitam dan mafla kuning berbelang merah seperti watak Harry Potter.
Bukan itu sahaja, dia juga siap membawa sebatang penyapu kononnya sedang terbang seperti karakter di dalam filem Harry Potter.
Aksi flying fox dengan gaya Harry Potter itu dilakukan di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan berjaya dirakam menggunakan drone milik perniagaan di sana.
Video berkenaan telah meraih perhatian ramai sehingga berjaya mendapat 574,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Kalau korang terfikir macam mana pula pemandangan orang lain yang melihat ‘Harry Potter’ itu sedang terbang, boleh tengok video di bawah.
Netizen Terpegun Tengok Gaya ‘Harry Potter’ Naik Flying Fox
Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang terpegun melihat aksi lelaki ini menuruni flying fox dengan cukup berani sambil memakai jubah dan penyapu seperti karakter Harry Potter.
Siap ada netizen yang katanya nak buat aksi seperti itu juga ya.
Pada masa yang sama, sesetengah netizen pula mahu ‘marathon’ semula filem Harry Potter selepas melihat video berkenaan.
Namun, ada juga netizen yang menganggap aksi berkenaan dengan memakai jubah dan mafla sebagai tindakan agak membahayakan kerana bimbang jika tersangkut pada pokok-pokok di kawasan sekeliling.
5 Lokasi Flying Fox Di Malaysia
Kepada korang yang belum pernah menaiki flying fox dan mahu mencubanya buat kali pertama, jom kami cadangkan beberapa lokasi menarik.
Antaranya:
- Zipline Shah Alam, Selangor
- SKYTREX Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor
- Sunway Lagoon, Selangor
- ESCAPE Penang
- Xscape Tambun, Ipoh, Perak
Walaupun awal-awalnya jantung korang agak berdegup kencang sebelum menuruni flying fox, percayalah ia adalah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan!
Baca Artikel Berkaitan: 5 Tempat Menarik Untuk Anda Lakukan Aktiviti ‘Indoor’ Sekitar Lembah Klang
Baca Artikel Berkaitan: Tidak Hanya Rekreasi, Pengunjung Boleh Bermain Sambil Belajar Di Gamuda Cove
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.