Now Reading
Lori Laju ‘Cucuk’ Di Lane Kereta Di Lebuh Raya Undang Kerisauan Orang Ramai

Lori Laju ‘Cucuk’ Di Lane Kereta Di Lebuh Raya Undang Kerisauan Orang Ramai

Menerusi video, pemandu kereta dilihat memandu dengan kelajuan 130km/j, namun lori berkenaan tetap mencucuk dari belakang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini satu insiden kemalangan maut membabitkan lori telah berlaku di Putrajaya pada 20 September lalu.

Kejadian ini berpunca daripada lori yang gagal membrek telah melibatkan 14 mangsa yang terdiri daripada orang awam dan dua daripadanya terkorban.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Mangsa Yang Terkorban Dalam Kemalangan Putrajaya Disahkan Pekerja Pos Malaysia & Mahkamah Ampang


Lori Memecut Di Lane Kanan Lebuhraya Mengejar Sebuah Kereta

Belum pun reda dengan isu itu, hari ini (27 September), seorang pengguna laman X (Twitter @HezeriSamsuri) telah berkongsi satu klip video menyaksikan sebuah lori besar sedang mencucuk kenderaan lain di sebuah lebuh raya.

Dalam video itu, pemandu kereta yang merakam kepantasan lori tersebut menerusi cermin sisi dipercayai telah memandu dengan laju bagi mengelakkan kenderaan disondol atau dilanggar dari arah belakang.

Bukan itu sahaja, lori berkenaan dilihat memandu di lorong memotong lebuh raya walaupun ianya sebuah kenderaan berat.

Selepas memandu dengan kelajuan 130km/j untuk beberapa ketika, pemandu kereta ini kemudian beralih ke lane kiri supaya dapat mengelak daripada lori berat itu.

Tambah Hezeri yang juga figura dalam bidang automotif, lori seberat enam ke tujuh tan boleh dilihat memecut melebihi had kelajuan yang dibenarkan.

“Tak akan tunggu ada yang mati baru nak denda,” ujarnya.

Seorang individu lain yang membalas bawah perkongsian mendakwa lebuhraya itu berada di sekitar Kuantan.


Orang Ramai Risau Lori Memecut Di Lebuhraya Semakin Menjadi-jadi

Susulan ciapan yang dikongsi, orang ramai dilihat telah meninggalkan komen berkenaan rakaman yang mencemaskan itu.

Seorang pengguna berkata dia yang hanya memandu kereta Axia pernah dikejar oleh sebuah lori kontena di lebuh raya.

“Kena kejar macam saya ragut mak dia pulak,” jelasnya.

Tambahan pula, kejadian seperti ini didakwa sudah biasa berlaku melibatkan bas serta treler pada lane kanan dan tengah di Lebuhraya ELITE.

Sumber: X (Twitter @HezeriSamsuri)

Undang-undang Jalan Raya Bakal Diperketatkan Bagi Kenderaan Berat

Dalam pada itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan kementerian bakal meningkatkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya untuk menjamin keselamatan pengguna.

Namun menerusi semakan kami setakat ini, Anthony Loke masih belum membuat sebarang kenyataan tentang lori memecut yang baru sahaja tular di media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: Lori Ayam Terbalik, Lebuhraya PLUS Alor Gajah-Pedas Linggi Sesak 14 KM

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Setahun Merangkak Keluar Dari Lori Remuk Untuk Cari Ibu

Baca Artikel Berkaitan: Seorang Maut & 9 Cedera Selepas Bas Persiaran Terbabas Di Lebuh Raya Pantai Timur 2

Sumber: X (Twitter @HezeriSamsuri) | Instagram (@lokesiewfook)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd