Seorang Maut & 9 Cedera Selepas Bas Persiaran Terbabas Di Lebuh Raya Pantai Timur 2
Seorang wanita berusia 42 tahun maut dalam kemalangan melibatkan bas persiaran di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas tercampak keluar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Malang tidak berbau apabila hasrat sekumpulan 30 orang penumpang dari Tampin, Negeri Sembilan yang mahu bercuti ke Pulau Redang tergendala selepas terlibat dalam satu kemalangan.
Insiden kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dari kawasan Ajil menghala ke Bukit Besi.
Memetik laporan Utusan, Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias memaklumkan pihak mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 5:16 pagi hari ini (19 Mei).
Seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, BBP Kuala Terengganu dan BBP Paka digegaskan ke lokasi kejadian.
Setibanya kami di lokasi kejadian, bas persiaran tersebut didapati sudah terbabas. Bas yang membawa 30 orang penumpang itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan.
Menurut Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias.

Seorang Mangsa Maut Manakala Sembilan Lagi Cedera Dalam Kemalangan Bas Persiaran Di LPT2
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 375 lebuh raya berkenaan telah mengakibatkan seorang mangsa maut, sembilan cedera dan 21 lagi penumpang lain berada dalam keadaan selamat.
Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Dungun menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mayat seorang wanita berusia 42 tahun, Tan Poh Hwa yang tercampak keluar dari bas persiaran dan meninggal dunia di lokasi kejadian kini diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun bagi tindakan selanjutnya.
Kes kemalangan tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebuah video di kawasan kemalangan berlaku juga sempat dirakam oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian serta dimuat naik semula di laman Instagram (@buletinfm).
BACA JUGA: Bas Langgar Jambatan & Terbakar, 20 Jemaah Umrah Maut Di Arab Saudi
BACA JUGA: Pemandu Lori Maut Langgar Kenderaan ‘Misteri’ Di Karak
BACA JUGA: Wanita Temui Ajal Dilanggar Lori Kontena Ketika Kereta Rosak Tepi Lebuh Raya
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.