“Macho Macam Vin Diesel” – Chef Wan Kekal Positif Berkepala Botak Lepas Jalani Kemoterapi
Chef Wan berasa yakin dengan penampilan baharunya iaitu berkepala botak selepas menjalani beberapa sesi kemoterapi akibat kanser limfoma.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sebelum ini, cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil sebagai Chef Wan telah mengumumkan berita tentang beliau disahkan menghidapi kanser limfoma.
Perkongsian itu telah dihantar menerusi akaun Instagram miliknya (@_chefwan58) pada bulan Ogos yang lalu.
Menurutnya, doktor telahpun memaklumkan bahawa beliau berpeluang untuk sembuh sebanyak 70 ke 80%.
Baca Artikel Berkaitan: “Allah SWT Will Look After Me” – Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma Lepas 2 Kali Buat Ujian
Chef Wan Tidak Kisah Berkepala Botak Selepas Jalani Kemoterapi
Pada hari Sabtu lalu (23 September), Chef Wan menerusi laman Instagram telah berkongsi gambar penampilan baharu setelah menjalani beberapa sesi kemoterapi di hospital akibat penyakit kanser yang dialami.
Tampil dengan rupa baru iaitu berkepala botak, cef ini berkata dia menyukai imej yang dilihat seperti dua selebriti Hollywood iaitu Vin Diesel dan The Rock.
Dia dalam masa yang sama berkata dia memakai rambut palsu pada hari sebelumnya kerana mahu menghiburkan orang ramai di platform tersebut.

Dia turut meluahkan rasa yakin untuk berjalan ke mana-mana dengan rupa baharunya dan tidak kisah sekiranya ada individu yang berkata sesuatu tentang kepala yang sudah dicukur.
“Lambat-laun orang ramai akan terbiasa dengan kepala botak saya ini,” ujarnya dalam hantaran yang sama.
Pemeriksaan Sampel Darah Menunjukkan Keputusan Baik
Selanjutnya, dia juga telah berkongsi keadaannya setelah selesai menjalani rawatan kemoterapi kali kelima.
Seperti yang sudah dijangka oleh pakar perubatan, sesi kemoterapi itu adalah sesuai dan boleh diterima oleh badan Chef Wan.
Tambah beliau, dia akan akan menjalani rawatan susulan pada hari Rabu dan Sabtu akan datang.
Orang Ramai Beri Sokongan Positif Terhadap Hantaran Cef Wan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan sokongan terhadap cef ini yang sedang bertarung melawan kanser limfoma berkenaan.
Ada juga yang siap memberikan pujian tentang penampilan Chef Wan yang baru dengan berkata ianya kelihatan sangat segak dan sesuai dengannya.
“Buat apa tengok Van Diesel dan Rock, you lagi cute,” kata seorang pemuda.
Dalam pada itu, orang ramai dilihat telah mengirimkan doa agar beliau kembali pulih seperti sedia kala.

Baca Artikel Berkaitan: “Selamat Berehat, Blake” – Wira Batang Kali Ditidurkan Akibat Barah
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Hidap 3 Jenis Kanser, Akhirnya Berjaya Tamatkan Degree Dalam Tempoh 8 Tahun
Sumber: Instagram (@_chefwan58)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram