Now Reading
Lelaki Hidap 3 Jenis Kanser, Akhirnya Berjaya Tamatkan Degree Dalam Tempoh 8 Tahun

Lelaki Hidap 3 Jenis Kanser, Akhirnya Berjaya Tamatkan Degree Dalam Tempoh 8 Tahun

Mohamad Nor Imran bin Mat Shah menghidap tiga jenis penyakit iaitu kanser hati, kanser kolon dan Hodghkin Lymphoma pada tahun tahun 2015 sehingga 2020.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap orang tidak akan lari dari ujian dalam kehidupan mereka sebelum dikurniakan suatu kejayaan.

Sebenarnya, dugaan inilah yang akan membuatkan kita menjadi individu yang lebih kuat serta tidak cepat berputus asa bagi mencapai sesuatu.

Selari dengan peribahasa Melayu yang berbunyi ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Penghidap Kanser Berjaya Genggam Ijazah Sarjana Muda Dalam Masa 8 Tahun

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@merxnism), lelaki ini menceritakan kisah perjalanannya yang cukup memberi inspirasi dalam menggenggam segulung ijazah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pemuda bernama Mohamad Nor Imran bin Mat Shah atau lebih dikenali sebagai Imran ini menceritakan dia disahkan menghidap tiga jenis penyakit kanser pada tahun 2015 sehingga 2020 iaitu:

  • Hodghkin Lymphoma tahap 2
  • Kanser hati tahap 3
  • Kanser kolon tahap 3

Meskipun diduga dengan pelbagai jenis penyakit, masalah keluarga dan juga kewangan, namun itu semua tidak menjadi penghalang buat Imran bagi menghabiskan pengajiannya.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: chronicle am)

Malah, Imran juga tetap kuat mencari duit sendiri bagi menampung segala kos rawatan bagi penyakit yang dihadapi dirinya untuk kembali sihat.

Pemuda ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak UIAM serta para pengguna Twitter kerana sedikit sebanyak membantunya dari segi kewangan.

Waktu siang saya pergi kelas. Malam pula saya bekerja hingga pagi buta. Hujung minggu saya pergi latihan PALAPES. Keluarga saya tak beri bantuan kewangan. Jadi, saya kena usaha sendiri.

Mohamad Nor Imran bin Mat Shah.

Dalam tempoh 8 tahun menuntut di UIAM, Imran terpaksa beberapa kali mengambil cuti belajar (study leave) kerana badannya terlalu penat selepas menerima rawatan kemoterapi.

Rawatan kemoterapi memang sakit. Masa kena kanser kolon ketika menjadi senior dalam PALAPES, waktu itu darah berjurai tetapi saya tetap habiskan latihan sebab nak cabar diri. Habiskan apa yang saya mulakan.

Mohamad Nor Imran bin Mat Shah.

Namun pemuda ini bersyukur kerana dia dikurniakan rakan-rakan yang tidak pernah putus memberikan sokongan buatnya meskipun ada segelintir pensyarah yang memandang rendah terhadap keupayaan untuk tamat belajar.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Study Noun)

Imran Cari Cara Untuk Beri Motivasi Kepada Diri Sendiri

Di akhir perkongsian kisahnya, Imran sempat memberi nasihat kepada orang ramai agar kekal menjadi kuat untuk diri sendiri dan sentiasa mencari cara bagi memotivasikan diri.

Dari dulu sampai sekarang, saya selalu meletakkan diri di tempat orang yang lebih susah dengan menyertai aktiviti sukarelawan. Dengan cara ini saya lebih dekat dan boleh menyelami situasi kehidupan mereka. Pada masa sama, saya akan lebih bersyukur dan kuat.

Mohamad Nor Imran bin Mat Shah.

Tambahnya lagi, dia pernah diberitahu oleh doktor bahawa dia hanya mampu hidup selama enam bulan sahaja lagi selepas disahkan menghidap kanser kali kedua.

Tetapi pada ketika itu, Imran terus berdoa kepada Tuhan agar dia diberikan umur yang panjang agar dapat berbakti kepada masyarakat.

Kisah Imran ini mengajar kita untuk melatih diri menjadi kuat mengikut cara anda. Selagi mempunyai kudrat, lawanlah sehabis mungkin apa-apa penyakit yang anda hidapi.

“Ianya sebuah konvo kehidupan yang menjadikan aku seorang aku” – Imran.


BACA JUGA: Lakar Sejarah! Orang Asli Pertama Dari Malaysia Raih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Di London

BACA JUGA: [Foto] Gadis Bangsa Cina Fasih Dialek Kelantan Kini Hiasi Papan UTHM

BACA JUGA: “Berat Hati Saya Nak Pergi” – Sebak Hati Ibu, Wakilkan Arwah Anak Naik Pentas Ambil Ijazah


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd