Lakar Sejarah! Orang Asli Pertama Dari Malaysia Raih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Di London
Disebabkan kejayaannya itu, dia kini berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar di university yang sama.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Semalam (14 September), tular di media sosial kisah seorang pelajar Orang Asli dari Malaysia yang berjaya mencipta sejarah sekaligus mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih Ijazah kelas pertama dari sebuah universiti terkemuka dunia
Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter Persatuan Mahasiswa Orang Asli, pelajar yang dikenali sebagai Susherrie Suki itu telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana Muda dengan Ijazah kelas pertama di University College London (UCL).
PMOA ingin mengucapkan TAHNIAH kepada salah seorang ahli PMOA iaitu Saudari Susherrie Suki kerana telah berjaya menamatkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Bartlett School of Planning di University College London (UCL), United Kingdom (UK) dalam… pic.twitter.com/ZYNtRSX09M
— Persatuan Mahasiswa Orang Asli (@MahasiswaOA) September 13, 2022
Menurut persatuan itu lagi, Sherrie menamatkan pengajian Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Hartanah di Bartlett School of Planning UCL.
Tajaan penuh MARA kerana memperoleh 10A SPM
Tambah persatuan itu, Sherrie juga merupakan penerima Biasiswa MARA di bawah Program Young Talent Programme (YTP) kerana memperoleh 10 A di dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Beliau juga merupakan Graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama dari UCL
“UCL merupakan sebuah universiti terkemuka di dunia di mana ranking atau kedudukan semasa Universiti ini adalah di tangga yang ke-8 dunia (QS World University Ranking 2023) & juga di tangga yg ke-4 bagi universiti di UK,” tulis persatuan itu.
Orang asli Perak, suku kaum Semai
Difahamkan, Sherrie berasal dari Perak di mana ibu bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Chinggung, Behrang Ulu, Tanjung Malim dan Kampung Ulu Geruntum, Gopeng.

Susulan kejayaan itu, Sherrie kini berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar di universiti yang sama.
Fasih pelbagai bahasa dan aktif dalam pelbagai aktiviti
“Beliau juga fasih berbahasa Orang Asli Semai, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Mandarin dan Bahasa Melayu di mana beliau merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat universiti & di luar university,” tulis persatuan itu lagi.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.