Now Reading
Abang Santai Lihat Adik Tiri Lemas Di Kolam Kini Ditahan Polis

Abang Santai Lihat Adik Tiri Lemas Di Kolam Kini Ditahan Polis

Seorang lelaki berumur 26 tahun ditahan oleh pihak polis setelah rakaman CCTV menunjukkan dia membiarkan adik tirinya kelemasan dalam kolam renang di sebuah apartment.

kanak kanak lemas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kawasan air seperti kolam renang dan laut sememangnya tempat yang berbahaya sekiranya anda tidak mengetahui cara untuk berenang dan mengapungkan diri.

Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memberikan didikan kepada anak-anak tentang ilmu berenang sejak usia mereka masih kecil.

Adalah lebih baik jika anak sudah mengetahui cara untuk berenang agar mereka boleh mengaplikasikannya sewaktu kecemasan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.


Abang Tiri Selamba Minum Air Sambil Lihat Adik Kelemasan Dalam Kolam Renang

Pada 13 September lalu, satu rakaman video yang telah tersebar di media sosial menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun lemas dalam kolam renang apartment di Bangi.

Video tersebut pada mulanya dimuat naik di akaun TikTok (@user10101101010) dan ditularkan semula di laman X (Twitter @mynewshub).

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, kanak-kanak ini yang sedang bersendirian dilihat menaiki tangga untuk keluar daripada kolam renang. Namun lain pula yang terjadi apabila pelampung digunakan olehnya telah terbalik dan menyebabkan dia lemas di dalam kolam renang.

Tangannya kemudian terkapai-kapai untuk menyelamatkan dirinya yang sedang kelemasan.

Selepas seketika mahu menyelamatkan diri, kanak-kanak itu kaku dan mula terapung di permukaan kolam.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki dipercayai abang tiri mangsa dilihat berjalan ke arah kolam renang itu dalam keadaan santai dan tidak panik.

Lebih mengejutkan apabila inidividu tersebut dengan selamba menyaksikan situasi itu sambil minum air dan tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyelamatkan adiknya yang kelemasan.


Mangsa Disahkan Meninggal Dunia Di Hospital Serdang

Menurut laporang rasmi PDRM, pada 14 September lalu, mangsa yang telah dikejarkan ke Hospital Serdang dengan menaiki ambulans dari sebuah klinik di Bandar Sri Putra Bangi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat lemas dalam kolam renang.

Kanak-kanak perempuan itu kemudian telah meninggal dunia pada jam 1.15 tengahari, iaitu hari yang sama selepas mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan lanjut, pada 23 September rakaman CCTV baru dapat diakses kerana terdapat masalah teknikal sebelum ini.

“Hasil penelitian rakaman CCTV tersebut pada 13 September ternampak kelibat disyaki abang tiri mangsa berada di tepi kolam sedang leka melakukan sesuatu sambil melihat mangsa yang sedang lemas dalam kolam tersebut, tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” jelas Pegawai Perubatan.


Pihak Polis Tahan Suspek Bagi Membantu Siasatan

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, suspek merupakan abang tiri mangsa berumur 26 tahun diberkas setelah siasatan awal dijalankan.

Suspek kini ditahan oleh anggota polis dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika suspek disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali. Suspek juga turut direman sehingga 30 September.

Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 untuk membantu siasatan lanjut.


Ini Perkara Perlu Dilakukan Untuk Bantu Mangsa Lemas

Jika anda berhadapan dengan situasi seseorang sedang lemas, yang pertama sekali anda tidak boleh panik. Perasaan ini akan membuatkan anda berasa lebih tertekan dan tiada langkah penyelesaian boleh dilakukan.

Di sini kami senaraikan beberapa langkah yang dikongsi oleh doktor kesihatan tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya anda dalam situasi ini. Antaranya:

  • Baringkan mangsa di atas permukaan keras dan rata.
  • Minta seseorang untuk membuat panggilan kecemasan di talian 999 bagi memohon bantuan ambulans dari hospital.
  • Jika mangsa tidak bernafas, tindih dan letakkan kedua-dua belah tangan mereka di bahagian tengah tulang dada.
  • Teruskan membuat tekanan dengan kedalaman kira-kira sepertiga setiap tekanan.

Baca Artikel Berkaitan: Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa, Doktor Ini Kongsi Cara Beri Bantuan Kepada Mangsa Lemas

Baca Artikel Berkaitan: Bot Terbalik Di Teluk Batik Ragut Nyawa Seorang Wanita, Netizen Dakwa Bot Tak Sediakan Jaket Keselamatan

Baca Artikel Berkaitan: Anak Kecil Lemas Ketika Main Air & Ibu Bapa Tiada Di Sisi. Lelaki Ini Kongsi Situasi Sebenar

Sumber: X (Twitter @mynewshub) | Sinar Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd