Anak Kecil Lemas Ketika Main Air & Ibu Bapa Tiada Di Sisi. Lelaki Ini Kongsi Situasi Sebenar
Dengan bantuan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) oleh orang awam, anak kecil itu kembali sedar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Berikutan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan, boleh dikatakan setiap hujung minggu rakyat Malaysia akan menyaksikan betapa ramainya pengunjung di taman tema air, hotel, dan sebagainya.
Sampaikan nak parking pun susah.
Pendek kata, mana-mana tempat pun kalau tak tempah awal, mesti penuh.

BACA JUGA: 4 Taman Tema Air Di Selangor Ini Memang Lejen. Jom Bawa Keluarga!
Ibu bapa perlu ‘alert’
Walau bagaimanapun, ibu bapa yang mempunyai ramai anak kecil yang dibawa ke taman tema air dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan berwaspada.
Ini kerana, keterujaan mereka berada di taman tema air akan membuatkan mereka bergerak dengan pantas sehinggakan tidak perasan di mana tempat yang tidak sepatutnya mereka berada.
Sebagai contoh, kolam dewasa.

(Kredit: sejasa.com)
Tragedi lemas
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook iaitu Nik Azwan Mustapha telah berkongsi satu detik cemas dan membuka mata orang ramai apabila seorang kanak-kanak ditemui lemas ketika sedang mandi di kolam renang di tempat penginapan di Melaka.
Paling mengejutkan, kanak-kanak tersebut telah ditemui di dasar kolam dewasa.
Menerusi perkongsian itu, ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak dapat dikesan selama 20 minit akibat terlalu ramai pengunjung.
Walau bagaimanapun, dengan bantuan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) oleh orang awam, anak kecil itu kembali sedar.
Mujur.
Anak-anak tanggungjawab ibu bapa
Hasil tinjauan komen menerusi perkongsian tersebut menunjukkan beberapa warganet meluahkan pendapat mengenai isu ini.
Ada yang turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan insiden sama.



Mungkin ramai yang menunding jari terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut, namun perlu diingatkan juga bahawa ini bukanlah masa untuk menyalahkan mana-mana pihak.
Sebaiknya, ambil kisah ini sebagai pengajaran untuk orang ramai lebih berwaspada selepas ini.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



