Now Reading
Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa, Doktor Ini Kongsi Cara Beri Bantuan Kepada Mangsa Lemas

Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa, Doktor Ini Kongsi Cara Beri Bantuan Kepada Mangsa Lemas

Bantuan kecemasan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) merupakan langkah penting yang perlu dilakukan bagi menyelamatkan mangsa lemas.

Apa Perlu Buat Jika Ada Orang Lemas?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menjadi korban pertama dalam banjir di Terengganu selepas dia dikatakan terjatuh ke air banjir dan dibawa oleh arus deras.

Ketika kejadian, sekitar kediaman mereka telah dinaiki air mencecah satu meter dan mayat mangsa dijumpai terapung oleh penduduk kampung sekitar 20 meter dari rumah ibu saudaranya.

BACA JUGA: Kanak-kanak 2 Tahun Jadi Mangsa Pertama Maut Dalam Banjir Di Terengganu

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Cara Untuk Bantu Mangsa Yang Lemas

Kejadian yang meragut nyawa seorang kanak-kanak di Terengganu itu membuatkan seorang doktor kesihatan terpanggil untuk berkongsi langkah keselamatan yang perlu diambil apabila seseorang didapati lemas.

Menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya (@DoktorSamhan), terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda menyelamatkan mana-mana mangsa yang lemas.

  • Baringkan mangsa di atas permukaan keras dan pada masa sama, minta seseorang untuk membuat panggilan kecemasan di talian 999 bagi memohon bantuan ambulans ke hospital.
  • Jika mangsa tidak bernafas, tindih dan letakkan kedua-dua belah tangan mereka di bahagian tengah tulang dada.
  • Teruskan membuat tekanan dengan kedalaman kira-kira sepertiga setiap tekanan.
  • Pastikan tekanan dibuat dengan kadar tidak kurang dari 100 kali seminit. Jika satu tekanan dilakukan selama saat ini, maka ia perlu dibuat 60 kali seminit.
  • Jika tidak terlatih untuk membuat bantuan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang melibatkan pemberian pernafasan pada kadar 30 tekanan dan 2 pernafasan, adalah memadai untuk meneruskan tekanan tanpa pernafasan. Cara ini masih berkesan kerana oksigen tetap akan masuk apabila tekanan dada diangkat dan paru-paru mengembang semula semasa tekanan diberi berulangkali
  • Teruskan membuat tekanan dada hingga pesakit bernafas semula atau ambulans tiba.
  • Gilirkan dengan orang lain setiap dua minit supaya tidak keletihan membuat tekanan dada kepada mangsa.

Ilmu tentang bantuan kecemasan seperti Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) sememangnya perkara penting yang perlu dipelajari oleh setiap individu kerana kita tidak boleh menjangkakan apa-apa perkara yang bakal berlaku.

Pertolongan kecil kita ini boleh memberi makna yang cukup besar kepada seseorang.

BACA JUGA: Anak Kecil Lemas Ketika Main Air & Ibu Bapa Tiada Di Sisi. Lelaki Ini Kongsi Situasi Sebenar


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd