Now Reading
[Video] Wanita Diselamatkan Pengunjung Karnival Selepas Buat Isyarat Tangan ‘Signal For Help’

[Video] Wanita Diselamatkan Pengunjung Karnival Selepas Buat Isyarat Tangan ‘Signal For Help’

Selepas melihat isyarat tangan meminta pertolongan dari wanita tersebut di Kaboom Karnival, pengguna TikTok ini segera menguhungi pihak polis.

wanita isyarat tolong kaboom karnival (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes penderaan melibatkan golongan dewasa dan kanak-kanak di Malaysia semakin membimbangkan selepas beberapa laporan telah diterima.

Walau bagaimanapun, sesetengah mangsa dera tidak mempunyai keberanian untuk tampil mempertahankan diri berkemungkinan bimbang akan menerima lebih banyak ancaman.

Artikel Berkaitan: Lelaki Pukul Isteri Guna Helmet Mengaku Salah & Dipenjara 15 Bulan


Wanita Buat Isyarat Pertolongan Semasa Berada Di Kaboom Karnival

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (@hazrulhaliliceokaw) telah berkongsi satu video menunjukkan cubaan seorang wanita untuk memohon pertolongan secara senyap ketika berada di Kaboom Karnival yang berlangsung sekitar Petaling Jaya.

Pada awalnya, wanita itu dilihat seperti pengunjung-pengunjung yang lain berada di hadapan booth jualan.

Namun, tindakannya melakukan isyarat meminta pertolongan menggunakan tangan telah disedari oleh pengguna TikTok tersebut ketika sedang membuat persiapan membuka booth jualannya.

Difahamkan pada waktu itu, teman lelaki wanita berkenaan berada tidak jauh dengannya.

Dakwa pengguna TikTok itu lagi, dia menyedari wanita itu mempunyai kesan dipukul dan lebam-lebam.

Peka dengan keadaan yang berlaku, lelaki ini menghampiri wanita berkenaan sebelum dia membuka cerita tentang apa yang berlaku kepada dirinya.

Wanita berkenaan memberitahu dia didera oleh suspek di bawah pengaruh dadah dan pernah diikat serta disimbah dengan air panas.

Sumber: TikTok @hazrulhaliliceokaw

Selepas mendengar kisah itu, pengguna TikTok ini segera menghubungi pihak polis dan meminta bantuan kru Kaboom Karnival untuk menghulurkan pertolongan bagi menangkap suspek.

Suspek cuba mengelak tapi kru Kaboom Karnival berjaya lengahkan sampai polis datang serta mangsa dan berjaya diselamatkan. Alhamdulillah suspek berjaya ditangkap. Good job guys.

Pengguna TikTok @hazrulhaliliceokaw.

Dalm hantaran video yang lain, pengguna TikTok ini juga telah dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan.

Ayah kepada mangsa turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna TikTok ini dan pihak yang terlibat kerana telah tampil membuat laporan sehingga berjaya menangkap pesalah.

Alhamdulillah selesai tanggungjawab kami beri keterangan. Semoga apa yang berlaku biar polis dan keluarga jalankan siasatan sewajarnya. Kita teruskan bantu mana yang perlu.

Pengguna TikTok @hazrulhaliliceokaw.

Dalam pada itu, lelaki ini turut menasihati orang ramai agar mempertahankan hak anda jika didapati telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

https://www.tiktok.com/@hazrulhaliliceokaw/video/7277218199811214594
https://www.tiktok.com/@hazrulhaliliceokaw/video/7277601902848658690

Isyarat Tangan Minta Pertolongan Yang Perlu Diambil Perhatian

Isyarat tangan semasa dalam keadaan kecemasan atau mahu meminta pertolongan dalam keadaan tersembunyi kebiasaannya melibatkan mangsa yang terlibat dalam kes penderaan.

Semua pihak perlu cakna dengan isyarat ini kerana anda boleh segera membantu mereka jika ternampak isyarat ini dilakukan sama ada secara atas talian atau bersemuka.

Jik anda terlihat isyarat ini, apa yang perlu dilakukan adalah:

  • Cuba menghampiri mangsa.
  • Bertanya apakah jenis bantuan yang diperlukan.
  • Segera menghubungi pihak polis untuk membuat laporan.

Percayalah, tindakan anda ini amat berharga buat mereka.

Sumber: TikTok @hazrulhaliliceokaw | Canadian Women


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd