Now Reading
Lelaki Pukul Isteri Guna Helmet Mengaku Salah & Dipenjara 15 Bulan

Lelaki Pukul Isteri Guna Helmet Mengaku Salah & Dipenjara 15 Bulan

Tertuduh memohon agar hukumannya diringankan kerana perlu bekerja dan menjaga ibu serta lima orang anaknya.

Lelaki Pukul Isteri Dengan Helmet Mengaku Salah & Dipenjara 15 Bulan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan dua orang individu yang merupakan suami isteri di hadapan sebuah kedai makan dikatakan sedang bertengkar.

Keadaan menjadi semakin keruh apabila suami kepada wanita berkenaan kedengaran seperti meninggikan suara dan memukul isterinya menggunakan topi keledar sebelum menolaknya beberapa kali.

Perbuatan lelaki berusia 35 tahun itu tersebut telah menyebabkan dia ditahan oleh pihak polis daerah Gua Musang pada 28 Januari lalu di RKT Kesedar Paloh 2, Gua Musang Kelantan.

Pihak polis telah merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan untuk memukul isterinya.

Hasil ujian air kencing yang dilakukan terhadap lelaki itu mendapati dia positif dadah jenis methaphetamine.

Ketika siasatan awal dijalankan, lelaki berkenaan mendakwa dia dan isterinya berselisihan faham kerana tidak membenarkan isterinya bekerja dan mengarahnya untuk menjaga ibu yang sedang sakit.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek juga direman selama empat hari bermula 29 Januari sehingga 1 Februari untuk siasatan lanjut.

BACA JUGA: Lelaki Pukul Isteri Dengan Helmet Sudah Ditahan Polis, Rupanya Tak Benarkan Isteri Bekerja [Video]

Suami Pukul Isteri Guna Topi Keledar Dihukum Penjara Selama 15 Bulan

Memetik laporan Astro Awani, lelaki terbabit yang merupakan seorang buruh kampung di Gua Musang mengaku bersalah atas perbuatannya memukul isterinya menggunakan topi keledar.

Berikutan itu, Hakim Mahkamah Majistret Gua Musang, Tengku Shahrizam Tuan Lah telah menjatuhkan hukuman 15 bulan penjara ke atas tertuduh selepas disabitkan kesalahan.

Lelaki Pukul Isteri Dengan Helmet Mengaku Salah & Dipenjara 15 Bulan
Sumber: Astro Awani

Mahkamah memerintahkan tertuduh, Mohd Shamsuri untuk dijatuhi hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Januari lalu.

Hukuman mengikut seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 2o tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ahmad Firdaus Abdul Hamid telah memohon agar hukumannya diringankan kerana perlu bekerja dan menajaga ibu serta lima orang anak.

Namun Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad pula memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal kepada tertuduh sebagai pengajaran.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd