Now Reading
[Video] Wanita Terhibur Jumpa ‘Duit’ RM20 Lukisan Tetamu Ketika Kira Jumlah Salam Kaut

[Video] Wanita Terhibur Jumpa ‘Duit’ RM20 Lukisan Tetamu Ketika Kira Jumlah Salam Kaut

‘Duit palsu’ kelihatan seperti RM20 dilukis sendiri oleh tetamu sebelum dihulurkan sebagai salam kaut di kenduri kahwin.

salam kaut duit lukisan RM20

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun tidak dikira sebagai satu kewajipan, tetapi budaya salam kaut sudah menjadi adat bagi masyarakat kaum Melayu setiap kali bertandang ke kenduri kahwin seseorang.

Salam kaut biasanya diberikan kepada tuan rumah sebelum beredar dari majlis tersebut dengan beberapa keping wang tunai diselitkan di tangan mereka.

Tak kisah anda nak beri berapa untuk salam kaut itu, yang penting pemberian itu adalah ikhlas.


Tetamu Beri Duit Lukisan Sendiri Ketika Salam Kaut Di Kenduri Kahwin

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@jihaaa98), wanita ini berkongsi detik menghiburkan ketika sedang mengira jumlah wang tunai daripada salam kaut yang diberikan oleh tetamu yang hadir ke kenduri kahwin.

Siapa sangka, ada tetamu dikatakan telah memberikan dua keping ‘wang’ bernilai RM20 yang dilukis sendiri. Ya, lukisan dan warna lukisan itu kelihatan sama seperti wang RM20.

Selepas menjumpai ‘wang’ itu, wanita berkenaan mendedahkan dia pernah mengalami pengalaman hampir sama apabila ada tetamu yang memberikan bungkusan tisu kosong.

Advance ya otak orang ni. Ingatkan salam tisu kosong, angpau kosong dah teruk dah. Ada lagi teruk rupanya.

Pengguna TikTok @jihaaa98.

Wanita ini juga berseloroh dengan bertanya jumlah nilai ‘duit’ itu jika ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM).

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@jihaaaa98/video/7277173590817000706

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang ‘Duit Palsu’ Daripada Salam Kaut

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen tentang budaya salam kaut yang diamalkan oleh sesetengah pihak ketika membuat kenduri kahwin.

Segelintir netizen berpendapat tuan rumah tidak seharusnya mengharapkan duit daripada tetamu yang hadir, sebaliknya perlu ikhlas memberi makanan kepada mereka yang memeriahkan majlis berkenaan.

Ini kerana netizen menganggap tidak semua tetamu yang dijemput berkemampuan untuk menghulurkan salam kaut.

Pada masa yang sama, ada juga mereka yang memberi pandangan bahawa tetamu yang tidak mampu untuk memberi salam kaut tidak perlu memberi wang tunai palsu atau sebagainya.

‘Effort’ lukisan RM20 itu turut dipuji oleh netizen kerana dikatakan hampir sama dengan rupa wang sebenar.

Sumber: TikTok

Di dalam agama Islam, tiada hadis atau dalil yang mewajipkan umatnya untuk memberikan salam kaut semasa menghadiri majlis perkahwinan seseorang.

Salam kaut hanyalah adat yang diamalkan dalam kalangan masyarakat. Jadi kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memberinya, tidak menjadi masalah.

Cukuplah sekadar mendoakan agar pengantin di majlis perkahwinan yang dihadiri dilimpahi dengan perkara-perkara yang baik, InsyaAllah.

Artikel Berkaitan: Doorgift & Menu Kenduri Kahwin/Open House Yang Menarik. Dapat Timun Pun Ada!

Artikel Berkaitan: Pasangan Suami Isteri Menyesal Buat Pinjaman Peribadi RM40K Untuk Kenduri Kahwin

Sumber: TikTok @jihaaaa98 | TikTok


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd