Now Reading
“Masjid Di Kedah Memang Semua Best” – Reviu Masjid Baru Ada Hotel Kapsul Undang Perhatian!

“Masjid Di Kedah Memang Semua Best” – Reviu Masjid Baru Ada Hotel Kapsul Undang Perhatian!

Masjid Madad di Sungai Petani, Kedah mempunyai taman permainan khas buat mereka yang membawa anak-anak ke tempat beribadah itu.

masjid hotel kapsul

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masjid memainkan peranan penting dalam mengutuhkan hubungan silaturrahim sesama penganut beragama Islam. Mana tidaknya, di situlah mereka berjumpa antara satu sama lain setiap kali menunaikan solat berjemaah bersama.

Selain daripada sembahyang, masjid juga boleh dijadikan tempat untuk beristirehat, belajar, aktiviti dakwah dan pelbagai lagi.

Kalau dilihat pada masa ini, ramai juga yang menjadikan masjid sebagai tempat untuk menjalani proses ijab kabul pernikahan dan ‘photo shoot’ majlis perkahwin. Mungkin kerana seni bina masjid yang cukup menawan dan unik.


Masjid Unik Di Sungai Petani Siap Ada Hotel Kapsul & Taman Permainan

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai Fitree di akaun TikTok miliknya (@tomfitree), dia dilihat begitu teruja dengan sebuah masjid yang baru sahaja siap dibina di Sungai Petani, Kedah.

Fitree amat terpegun dan terkesima apabila melihat seni bina bangunan yang cantik dan moden itu.

Namun, apa yang yang mendapat perhatian individu tersebut adalah masjid luas yang dikenali sebagai Masjid Madad mempunyai taman permainan khas buat mereka yang membawa anak-anak ke tempat tersebut.

Sementara ibu bapa sedang solat, anak-anak bolehlah meluangkan masa dan bermain di taman permainan yang tersedia dalam masjid berkenaan. Siap ada replika huruf-huruf jawi lagi. Dalam masa anak kecil ini berseronok, boleh juga mereka serap ilmu yang berkaitan dengan agama itu.

Sumber: Tiktok @tomfitree

Keunikan bangunan itu tidak terhenti di situ sahaja apabila video itu menyaksikan hotel kapsul yang tersedia buat para musafir di tingkat bawah masjid. Kapsul hotel itu diasingkan kepada dua bahagian iaitu untuk para muslimin dan muslimat.

Buat mereka yang datang daripada jauh, anda boleh menggunakan fasiliti yang disediakan oleh pihak masjid untuk berehat sementara sebelum meneruskan perjalanan.

“Bilik siap berlampu dan ada pendingin hawa,” jelas Fitree dalam video itu. Untuk mereka yang mahukan privasi jangan risau, setiap bilik mempunyai tirai yang boleh ditutup.

Sumber: Tiktok @tomfitree

Anda nak simpan barang? No worries, loker juga disediakan untuk mereka yang singgah ke masjid itu.

Bagi mereka yang berdekatan dengan kawasan tersebut, bolehlah ziarah untuk tengok sendiri depan mata vibes masjid baharu ini.

  • Lokasi masjid: JFX7+2Q, Kampung Telok, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Antara Masjid Yang Cantik Di Seluruh Malaysia.

Kalau nak tahu, bukan di negara luar sahaja ya yang mempunyai rekaan masjid yang cantik memukau.

Sebenarnya banyak juga masjid di Malaysia ini yang sama level masjid negara asing. Minimalist dan moden!

Jom kami listkan beberapa masjid cantik di seluruh Malaysia yang anda boleh lawati.

Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Di Malaysia (11)
Sumber: Twitter @anissssurayaaa
  • Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru
  • Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah.
  • Masjid Razaleigh, Kelantan.
  • Masjid Selat Melaka.
  • Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Kedah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Carwash, Pejabat, Kafe & Homestay!

Baca Artikel Berkaitan: Sukar Cari Masjid? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Solat Jika Di Luar Negara

Sumber: TikTok @tomfitree


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd