Now Reading
“Kalau Ada Telur, Mai Cari Aku” – Caprice Jumpa Benda Aneh Atas Kereta Isteri, Cabar Individu ‘Face-To-Face’

“Kalau Ada Telur, Mai Cari Aku” – Caprice Jumpa Benda Aneh Atas Kereta Isteri, Cabar Individu ‘Face-To-Face’

Seseorang meletakkan sesuatu barangan di atas kereta isteri Caprice dan ia dipercayai kelihatan seperti barangan berupa ritual ilmu hitam.

caprice elis (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak belakangan ini, terdapat banyak kes gangguan keselamatan dan khianat melibatkan individu yang tidak dikenali kerana berniat tidak baik atau dengki.

Terbaharu, Caprice telah mendedahkan bahawa isterinya telah berdepan dengan ancaman keselamatan daripada individu tidak dikenali.

Dalam video yang dimuat naik di laman Instagram milik Caprice (@capricedaddycap), pengawal keselamatan di kediamannya dilihat memegang dan membuka barangan yang ditinggalkan di atas bonet kereta milik Elis.

Ia kelihatan seperti kain putih atau tisu yang dibungkus dengan pelitup muka berwarna hitam.

Susulan itu, Caprice mencabar individu yang berbuat demikian kepada isterinya untuk tampil berdepan dengannya.

Siapa-siapa yang tak puas hati dengan isteri saya, kalau ada telur mai cari Caprice. Ni dah level ganggu keselamatan keluarga kami dan terima kasih kepada pihak PDRM yang laju sampai ke rumah.

Caprice.

Caprice dan isterinya walau bagaimanapun telah membuat laporan di Balai Polis Mont Kiara.


Netizen Luah Rasa Risau Dengan Keselamatan Keluarga Caprice

Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan ahli keluarga Caprice yang dianggap berkemungkinan diancam oleh individu misteri.

Malah, mereka juga berpendapat bahawa Caprice perlu mengubah pengawal keselamatan kepada ahli keluarganya dan membawa bersama alat keselamatan seperti semburan lada.

Namun, ada pula yang beranggapan ia hanyalah sampah yang dibuang secara rawak oleh mana-mana individu.

Ada pula netizen yang mengaitkan kejadian ini dengan isu yang diketengahkan oleh Caprice dan Elis tentang suami yang berkahwin dua.

Sumber: Instagram

Podcast Caprice & Elis Berkaitan Abang Tesla

Terdahulu, penyanyi rap Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice kembali menjadi perhatian ramai selepas dia dan isterinya dilihat membuat siaran podcast bersama seorang lelaki yang digelar sebagai ‘Abang Tesla’.

Dalam siaran podcast berkenaan, Caprice dan isterinya Farra Inalis atau Elis telah memberikan pendapat peribadi masing-masing berkaitan hal poligami yang tular melibatkan Abang Tesla.

Podcast itu dipercayai tular dan meraih pelbagai pandangan dari pelbagai pihak.

Dalam video podcast itu, Elis berpendapat bahawa setiap keputusan yang dilakukan dalam hidup adalah pilihan individu itu sendiri bagi menentukan masa depan mereka.

Elis turut kelihatan seperti membidas seseorang apabila menyatakan kebanyakan suami hanya pandai mengatakan poligami sebagai sunnah Nabi Muhammad SAW namun melupakan amalan Rasululullah yang lain.

Artikel Berkaitan: Kita Pun Ada Pilihan Untuk Stay Atau Pergi” – Farra Inalis ‘Sekolahkan’ Isteri Pertama Abang Tesla [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd