Now Reading
Belia Di Singapura Dedah Lebih Kekok Cakap Bahasa Melayu Berbanding Bahasa Inggeris

Belia Di Singapura Dedah Lebih Kekok Cakap Bahasa Melayu Berbanding Bahasa Inggeris

Ramai anak muda di Singapura menjelaskan mereka hanya menggunakan bahasa Melayu apabila berbual dengan ahli keluarga seperti ibu bapa, datuk dan nenek.

kekok cakap bahasa melayu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penggunaan bahasa di Malaysia dan Singapura boleh dikatakan hampir sama kerana memiliki empat bahasa rasmi yang digunakan oleh masyarakat seperti bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Ini kerana penduduk di Singapura juga terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, budaya dan agama.

Lagu kebangsaan serta bahasa rasmi di Singapura juga adalah berbahasa Melayu, sama seperti di Malaysia.

Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris difahamkan lebih banyak digunakan dalam kalangan rakyat Singapura berbanding bahasa Melayu.


Anak Muda Di Singapura Kekok Mahu Berbahasa Melayu

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@beritamediacorp), beberapa kumpulan remaja di Singapura ditemu bual dan ditanya tentang tahap penguasaan bahasa Melayu mereka dalam komunikasi harian.

Rata-rata daripada mereka mendedahkan lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi kerana agak kekok apabila berbahasa Melayu.

Untuk saya, saya rasa saya tidak bertutur bahasa Melayu dengan sangat baik. Jadi ia sedikit memalukan kalau saya cakap bahasa Melayu tanpa bahasa baku.

Belia di Singapura ketika ditemu ramah.

Sementara itu, ramai yang menjelaskan bahawa mereka hanya akan menggunakan bahasa Melayu apabila berbual dengan ahli keluarga seperti ibu bapa, datuk dan nenek.

Salah seorang gadis menceritakan faktor persekitaran mereka yang dikelilingi dengan masyarakat berbahasa Inggeris menyebabkan mereka terpengaruh untuk menggunakan bahasa tersebut.

Sumber: TikTok @beritamediacorp

Saya rasa sebab kita di kelilingi ramai orang yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka, jadi kita lebih terpengaruh untuk gunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Tapi kalau dengan sesama kita di mana kita kerap gunakan bahasa Melayu, jadi bahasa Melayunya macam lagi kuat.

Belia di Singapura ketika ditemu ramah.

Apabila ditanya bagaimana cara untuk menggalakkan belia menggunakan bahasa Melayu, kebanyakannya memberi pendapat bahawa ia perlu bermula dari rumah.

Saya rasa semuanya bermula dari rumah. Jadi kalau mereka berlatih di rumah, mereka boleh menggunakannya di sekolah juga.

Belia di Singapura ketika ditemu ramah.

Video temu ramah bersama sekumpulan anak muda di Singapura itu telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 760,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Anak Muda Di Singapura Kurang Fasih Berbahasa Melayu

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang memberi pelbagai pendapat selepas melihat sekumpulan anak muda mendedahkan diri mereka agak kekon berbahasa Melayu.

Namun, ada juga netizen yang mengakui diri mereka juga terpengaruh menggunakan loghat ‘Singlish’ apabila sudah lama berkerja di Singapura.

Dalam pada itu, segelintir warga Singapura pula menjelaskan mereka bahasa menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian meskipun masyarakat sekeliling berbahasa Inggeris.

Sumber: TikTok

Kalau kita nak mahir dalam menguasai sesuatu bahasa, cara yang terbaik adalah dengan memperbanyakkan praktis dalam kehidupan seharian. Kalau ada yang mempersendakan loghat anda, hiraukan mereka.

Tak salah kalau kita mahu membudayakan bahasa kebangsaan, betul tak?

Artikel Berkaitan: Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah

Sumber: TikTok Berita Media Corp


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd