Now Reading
Impian Ibu Nak Bawa Anak-anak Bercuti Naik Kapal Hancur Kerana Lupa ‘Renew’ Pasport

Impian Ibu Nak Bawa Anak-anak Bercuti Naik Kapal Hancur Kerana Lupa ‘Renew’ Pasport

Wanita ini lebih sedih apabila melihat anaknya yang menangis kerana kecewa tidak dibenarkan memasuki kapal percutian kerana masalah pasport yang tidak diperbaharui.

tak boleh naik kapal tak renew pasport (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau bab nak pergi bercuti lebih-lebih lagi ke destinasi yang sudah lama diimpikan, memang semua orang akan teruja dan bersemangat membuat persiapan.

Percayalah, mesti ada yang sudah mula membeli segala kelengkapan berbulan-bulan sebelum tarikh percutian.

Dalam keterujaan membeli barangan untuk bercuti, jangan lupa semak juga dokumen penting seperti pasport jika anda mahu ke luar negara.

Ini kerana berlaku satu kes melibatkan tarikh tamat tempoh pasport milik seorang wanita dan keluarga ketika mereka ingin bercuti menaiki kapal.


Wanita Menangis Tak Dapat Bawa Keluarga Bercuti Naik Kapal Gara-gara Tidak ‘Renew’ Pasport

Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik oleh seorang wanita di laman TikTok miliknya (@azuraww_) yang berkongsi kisah sedih apabila hasratnya untuk bercuti menaiki kapal bersama keluarga tidak tercapai.

Dalam video berkenaan, wanita tersebut menceritakan dia sekeluarga tidak dapat menaiki kapal yang telah ditempah berbulan-bulan lalu kerana dokumen pasport yang dimiliki oleh mereka tidak diperbaharui.

Menurutnya, hampir kesemua ahli keluarganya memiliki pasport dengan tamat tempoh kurang daripada enam bulan.

Lebih mengecewakan lagi, wanita itu kesal apabila agensi percutian yang menguruskan mereka tidak memberitahu prosedur tentang pembaharuan pasport.

Difahamkan, pasport yang mempunyai tarikh tamat tempoh kurang daripada enam bulan tidak boleh digunakan untuk ke luar negara.

Nak dijadikan cerita, kami tak diberitahu oleh mana-mana pihak sama ada agensi mengatakan kami perlu renew pasport enam bulan awal sebelum tarikh expired. Pasport saya kalau ikutkan lagi dua bulan baru expired. Anak saya ada lagi lima bulan.

Pengguna TikTok @azuraww.
tak boleh naik kapal tak renew pasport (1)
Sumber: TikTok @azuraww_

Wanita ini turut meluahkan rasa sedih apabila melihat anaknya yang menangis kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam kapal percutian selepas pasport mereka tidak diperbaharui.

You all bayangkan anak saya yang kecil dua orang tu dah nampak kapal besar dan tak sabar nak naik. Betapa kecewanya budak kecil tu yang dah seronok nak naik. Saya tak boleh tengok anak saya menangis. Saya tak naik tak apa, janji anak saya happy.

Pengguna TikTok @azuraww.

Selepas apa yang berlaku, wanita ini berharap agar pihak agensi percutian dapat memulangkan semula wang mereka yang telah dibayar ketika membuat tempahan menaiki kapal.

Video tersebut telah meraih 310,200 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@azuraww_

I anxiety naik flight. Takut naik flight. Dah dapat chances nak kapal laut rasa seronok sgt. Dgn anak2 plak tu. I mmg dah plan this special for them. Tapi Allah tak izinkan. Yang dapat naik anak sulong i seorang. Kami berempat (saya, suami. Aishah dan amir) x dapat naik. Try call the pic tak angkat2. Cuma saya berharap duit saya dapat refund untuk saya naik cruise lain atau trip yg lain at least. cruise worldcruise resortworldcruise cruisemalaysia

♬ original sound – AZURAWW | FOUNDER AJNAA – AZURAWW | FOUNDER AJNAA

Ramai Netizen Harap Kejadian Ini Dijadikan Pengajaran Untuk Semua Pihak

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menasihati orang ramai untuk membaca segala perkara yang telah ditulis pada dokumen pasport untuk mengambil tahu perkara yang sepatutnya seperti tarikh tamat tempoh.

Mereka juga mendakwa kebiasaannya agensi akan menyemak terlebih dahulu pasport para pelanggan mereka sebelum menerima tarikh tempahan dilakukan.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen berpendapat kejadian ini adalah kesalahan wanita itu sendiri kerana tidak peka dengan tarikh luput dokumen mereka sekeluarga.


Cara Mudah Untuk ‘Renew’ Pasport Secara Online

Dengan adanya MyOnline Pasport, anda kini sudah boleh memperbaharui pasport secara atas talian. Lebih mudah kan?

Berikut merupakan perkara yang perlu diketahui jika anda ingin melakukan pembaharuan pasport secara online:

  • Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).
  • Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar yang disenaraikan di dalam sistem.
  • Tarikh dan masa pengambilan pasport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Untuk rekod, menerusi portal My Government – permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari sama.

Manakala, permohonan yang dibuat selepas waktu itu akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Artikel Berkaitan: Cara Mudah & Cepat Untuk Renew Atau Mohon Pasport Secara Online

Artikel Berkaitan: Permohonan Pasport Secara Online Sepenuhnya Di 3 Pejabat Imigresen Bermula 1 Jun Ini

Artikel Berkaitan: Dengan ‘MyOnline Passport’, Proses Renew Pasport Boleh Siap 45 Minit Je!

Sumber: TikTok Azuraww_


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd