Now Reading
Permohonan Pasport Secara Online Sepenuhnya Di 3 Pejabat Imigresen Bermula 1 Jun Ini

Permohonan Pasport Secara Online Sepenuhnya Di 3 Pejabat Imigresen Bermula 1 Jun Ini

Tiga pejabat imigresen yang menguruskan pembaharuan pasport sepenuhnya menggunakan sistem ‘MyOnline Pasport’ adalah di Wangsa Maju, Kajang dan Kelana Jaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Untuk membolehkan seseorang ke luar negara, dokumen paling penting yang perlu ada adalah pasport.

Buatnya kalau anda sudah sampai di lapangan terbang tetapi tertinggal pasport di rumah pula, nak tak nak memang kena patah baliklah jawabnya.

Pasport bukan sahaja perlu dibawa bersama, malah anda harus memastikan ia tidak tamat tempoh. Kalau sudah bawa tapi ‘expired’ pun tak boleh juga.


Urusan ‘Renew’ Pasport Di Tiga Pejabat Imigresen Sekitar Lembah Klang Bakal Dilakukan Sepenuhnya Atas Talian Mulai Jun Ini

Memetik laporan Bernama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan urusan pembaharuan pasport di tiga pejabat imigresen sekitar Lembah Klang akan dilakukan sepenuhnya secara atas talian bermula 1 Jun ini.

Tiga pejabat imigresen yang terlibat adalah di Wangsa Maju, Kajang dan Kelana Jaya.

Sumber: Head Topics

Menurut Saifudin, tiga lokasi pejabat imigresen ini dipilih kerana antara pejabat yang mengeluarkan pasport dalam kadar tertinggi.

Pejabat imigresen di Kajang, Wangsa Maju dan Kelana Jaya ini juga terletak di kawasan yang mempunyai liputan Internet yang baik. Jadi, tiada alasan jika permohonan secara atas talian tidak dapat dilakukan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Urusan pembaharuan pasport secara atas talian melibatkan pemohon berumur 13 tahun sehingga 59 tahun boleh dibuat menerusi sistem ‘MyOnline Passport‘.


Kategori Permohonan Yang Masih Dibenarkan Untuk Memperbaharui Pasport Di Kaunter Pejabat Imigresen

Pembaharuan pasport secara atas talian yang dilakukan sepenuhnya di tiga pejabat imigresen ini diberikan kelonggaran terhadap beberapa kategori seperti berikut:

  • Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
  • Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
  • Bakal jemaah haji yang menerima tawaran Tabung Haji.
  • Pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang menerima tawaran pengajian ke luar negara.
  • Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Ahli keluarga yang mengiringi pemohon kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Sumber: Soya Cincau

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendedahkan 1.67 juta pasport telah dikeluarkan dan sebanyak 464,725 pasport daripada jumlah tersebut adalah permohonan secara atas talian sejak Januari hingga Mei tahun ini.

BACA JUGA: Nak Travel Tapi Baru Sedar Pasport ‘Expired’? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

BACA JUGA: Dengan ‘MyOnline Passport’, Proses Renew Pasport Boleh Siap 45 Minit Je!

BACA JUGA: Cara Mudah & Cepat Untuk Renew Atau Mohon Pasport Secara Online


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd