Dengan ‘MyOnline Passport’, Proses Renew Pasport Boleh Siap 45 Minit Je!
Perkhidmatan ‘MyOnline Passport’ ini juga akan dilancarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) semua negeri.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila nak kena perbaharui pasport, memang ‘mengucap’ dulu sebab boleh terbayang betapa panjangnya kena beratur untuk tunggu giliran.
Tetapi kini tidak lagi!
Baru-baru ini, ‘MyOnline Passport’ di Jabatan Imigresen di negeri Selangor telah diperkenalkan dan anda boleh memperbaharui pasport dalam masa 45 minit sahaja berbanding tempoh hampir dua jam sebelum ini.
Anda boleh menggunakan kemudahan tersebut di pejabat Jabatan Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Inisiatif ini dilakukan selepas melihat kepada pertambahan jumlah permohonan pasport iaitu mencecah 2,900 sehari dan sehingga 60,000 sebulan.
i buat kat utc selangor. mmg ramai org huhu semalam no giliran habis. harini seharian suntuk kat sana. datang before 8, balik kul 4 lebih tapi tak dapat gak passport sbb ada masalah tertentu hahaha
— ⑰ (@legendofsebong) August 13, 2022
Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif tersebut sejajar dengan kemajuan dan perkembangan dunia digital hari ini.
BACA JUGA: Cara Mudah & Cepat Untuk Renew Atau Mohon Pasport Secara Online
Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?
Namun begitu, kemudahan ini hanya disediakan mengikut kategori seperti:
- Pemohon berumur 13 tahun ke atas.
- Bukan untuk mereka yang baru pertama kali ingin membuat permohonan pasport (kecuali warga emas dan Orang Kelainan Upaya).
- Pemohon yang kehilangan atau kerosakan pasport.
- Pelajar berumur 21 tahun yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Jangan risau, perkhidmatan ini bukan sahaja akan ada di Selangor, malah ianya akan dilancarkan di semua negeri tidak lama lagi.
Diharapkan dengan inisiatif baharu ini dapat mengurangkan aduan tentang tempoh menunggu yang agak lama di pejabat imigresen.
Walaweh!! Imigresen shah alam… Sesak… Staff ramai cuti ni kan?? Aircond pon da x brasa…macam sauna… Tolongla improve sistem… Jagan la cmni… Mana staff yg ramai² tu… #imigresen #shahalam pic.twitter.com/SxYXXKZmcy
— mira hashim (@mirahashim86) June 8, 2022
Tambah sesak sebab UTC dah tak bukak sampai malam. Orang yg kerja oun susah nak dtg kalau weekdays. So semua tertumpu on weekend jela https://t.co/sQIEOHA0BU
— 🇲🇾 (@_eijaaa) May 21, 2022
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.