Now Reading
Wanita Ini Kongsi Tips & Info Penting Untuk Percepatkan Urusan Daftar Pasport

Wanita Ini Kongsi Tips & Info Penting Untuk Percepatkan Urusan Daftar Pasport

Menurut Zayla, para wanita diminta untuk memakai tudung berwarna gelap bagi memudahkan urusan ketika proses menangkap gambar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain melancong sekitar negeri-negeri di Malaysia, sudah pasti ramai di kalangan anda yang berhasrat untuk bercuti ke luar negara pula.

Seperti semua sedia maklum, mereka yang melancong ke luar negara memerlukan pasport sebagai bukti bagi mengesahkan kewarganegaraan.

Oleh disebabkan itu, anda haruslah memiliki dokumen pasport yang sah dan tidak kurang dari tempoh enam bulan sebelum berlepas.


Tips & Info Ketika Daftar Pasport

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @zalyazahari) apabila seorang wanita dikenali sebagai Zalya berkongsi beberapa panduan dan info buat mereka yang berniat untuk membuat pasport di kaunter imigresen.

Sumber: Soya Cincau

Tips yang dikongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman wanita itu sendiri bagi memudahkan urusan orang ramai. Antaranya:

#1. Datang Ke Tempat Daftar Pasport Seawal Pagi

Pertama sekali, anda haruslah sampai ke tempat mendaftar pasport seawal pagi bagi mengelakkan barisan yang panjang.

Untuk info, anda boleh memilih untuk melakukan urusan tersebut di Jabatan Imigresen Malaysia atau UTC (Pusat Transformasi Bandar) yang terdekat. Kata Zalya, dia telah hadir ke pusat berkenaan pada 7.40 pagi berserta dengan salinan kad pengenalan diri.

Sumber: MalayMail

Sekiranya anda pemohon bawah 18 tahun, sijil lahir, MyKad (umur 12 tahun ke bawah) dan MyKad ibu atau bapa harus dibawa sekali.

Perlu diingatkan juga untuk menyediakan RM200 dalam kad debit atau kredit bagi pemohon berumur 13-59 tahun.

Untuk golongan yang lain, di bawah ini kami sertakan bayaran pasport yang bakal dicaj:

Sumber: Jabatan Imigresen Negara
#2. Isi Borang Di Kaunter

Selepas sampai ke pusat mendaftar, anda perlu menuju ke kaunter dan mengisi borang maklumat sebelum mendapatkan nombor giliran.

Walaupun Zalya telah sampai pada awal lagi, namun dia telah menunggu gilirannya sehingga 12 tengahari. Situasi ini menunjukkan betapa ramainya individu yang mendaftar untuk urusan pasport.

Sumber: MalayMail

Namun begitu usah risau, buat mereka yang datang bersama bayi bawah umur 2 tahun atau warga emas keutamaan akan diberikan di mana nombor giliran golongan tersebut akan dipanggil lebih awal.

Menurut Zalya, proses pendaftaran pasport mengambil masa lebih kurang 1-3 jam. Oleh disebabkan itu, anda boleh merancang jadual dan pergi berehat buat sementara waktu.

#3. Ketika Ambil Gambar

Ketika proses mengambil gambar, individu yang memakai lensa mata atau cermin mata harus menanggalkannya. Mengikut pengalaman sendiri, ibu kepada Zayla pernah tersangkut di imigresen gara-gara mesin tidak dapat imbas mukanya.

Hal ini kerana si ibu tidak memakai cermin mata di dalam gambar pasport tetapi sebaliknya ketika mahu berlepas ke negara luar.

Sumber: MalayMail

Buat golongan wanita, anda harus memastikan untuk tidak menggunakan sebarang bulu mata palsu atau solekan yang tebal. Jika seseorang individu itu memakai bulu mata palsu misalnya, pihak imigresen akan meminta anda menanggalkannya pada waktu tersebut.

Untuk wanita bertudung pula, anda mesti memakai tudung berwarna gelap dan tidak bercorak.

Menerusi carian kami di portal Jabatan Imigresen Malaysia, terdapat beberapa info lain yang harus anda cakna bagi mendaftar pasport. Antaranya:

  • Memakai pakaian gelap menutupi bahu dan dada.
  • Memandang tepat ke arah kamera.
  • Mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup sewaktu mengambil gambar.
  • Tidak memakai topi.
  • Memastikan rambut tidak menghalang wajah dan menutupi dahi buat mereka yang bertudung.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu mereka yang bercadang untuk mendaftar pasport tidak lama lagi.


Anda Boleh Daftar Pasport Secara Online

Buat mereka yang mempunyai masa terhad dan tidak sempat ke mana-mana UTC, anda juga boleh mendaftar pasport menerusi atas talian [DI SINI].

Sumber: Pexels/Jabatan Imigresen Malaysia

Berikut adalah syarat-syarat yang perlu diikuti:

  • Pemohon mesti berumur 13 tahun ke atas yang mempunyai e-pasport (pasport bercip).
  • Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun, hanya penjaga sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  • Pemohon mesti memuat naik foto bersaiz pasport yang terbaharu dalam bentuk soft-copy.

Segala pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau debit (FPX).

NOTA: Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Baca Artikel Berkaitan: Cara Mudah & Cepat Untuk Renew Atau Mohon Pasport Secara Online

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Dari Malaysia Disekat Imigresen Korea, Netizen Kongsi Tips Untuk Lepas

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Dihalau Imigresen Korea Selatan Gara-gara Mahu Bantu Adik Di Lapangan Terbang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd