Now Reading
Pelancong Dari Malaysia Disekat Imigresen Korea, Netizen Kongsi Tips Untuk Lepas

Pelancong Dari Malaysia Disekat Imigresen Korea, Netizen Kongsi Tips Untuk Lepas

Menerusi ciapan di laman X, tiga orang lelaki dilihat ‘tersangkut’ di lapangan terbang selepas pihak imigresen Korea menghalang mereka masuk ke negara tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang percutian, pasti anda mahukan perjalanan yang aman dan relax tanpa sebarang halangan. Bagi memastikan ia berjalan dengan lancar, ramai pelancong menyediakan itinerari sepanjang berada di destinasi.

Walaupun sudah melakukan pelbagai persiapan, namun ada juga kes di mana terdapat juga segelintir pelancong yang kurang bernasib baik apabila terpaksa berdepan masalah disekat oleh imigresen luar negara.


Pelancong Malaysia Dihalau Imigresen Korea

Baru-baru ini, tular beberapa ciapan di media sosial apabila beberapa rakyat Malaysia berkongsi kisah di mana terdapat beberapa individu ditahan oleh pihak imigresen di lapangan terbang Korea Selatan.

Seperti yang dikongsi menerusi laman X (@TravelJimat), tiga orang lelaki berniat untuk mengunjungi negara Asia itu namun malangnya, hanya seorang sahaja daripada kumpulan rakan tersebut yang berjaya melepasi pemeriksaan kastam.

Menurut ciapan tersebut, dua orang itu dihalau tanpa dikemukakan sebarang alasan munasabah.

Sementara itu, seorang wanita menerusi akaun (@neyrashazeyra) turut berkongsi pengalaman sama di mana terdapat empat orang perempuan dihalau oleh imigresen Korea untuk memasuki negara berkenaan.

Difahamkan, pelancong tersebut dihalau gara-gara tidak membawa duit tunai yang mencukupi.


Netizen Beri Tips Supaya Tak Dihalau Pihak Imigresen

Menjengah ke ruangan balas di laman X, rata-rata warganet yang lain memberikan tips mereka agar pelancong Malaysia melepasi imigresen di Korea Selatan.

Antara tips dikongsi adalah dengan memakai pakaian yang ceria ala-ala ‘K-pop’ agar anda tidak disyaki sebagai buruh yang datang secara haram.

Sumber: X

Selain itu, ada juga yang nasihat agar menyediakan segala kelengkapan sebelum pergi ke sana seperti itinerari, maklumat tempat tinggal, info tentang jenis makanan dibawa dan lain-lain.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Dedah Teknik Elak Serbuk & Rempah Masakan Dirampas Pihak Kastam New Zealand

Sementara itu, seorang wanita dikenali sebagai Nadhy turut berkongsi tips buat mereka yang bakal melancong ke Korea Selatan.

Antara perkara yang disenaraikan adalah dengan memastikan anda sudah mempunyai tiket kembali ke Malaysia, memohon K-ETA (visa Korea: Kebenaran Perjalanan Elektronik Korea) dan yang paling penting adalah riak muka perlu sentiasa yakin agar mereka tidak curiga.

Sumber: X

Dalam pada itu, ada juga di kalangan netizen yang berpendapat bahawa pemeriksaan kastam di sana terlalu tegas sehingga menyebabkan banyak pelancong asing tidak dapat lepas masuk ke negara tersebut untuk bercuti.

Kata pengguna laman X dikenali sebagai Nadia, dia berpendapat bahawa pihak imigresen Korea Selatan bertindak tegas bukanlah kerana isu perkauman tetapi disebabkan segelintir pelancong yang menetap di sana melebihi jumlah hari sepatutnya.

Sumber: X

Kes Rakyat Malaysia Dihalau Imigresen Korea Selatan Pernah Terjadi

Untuk info, kes seperti sebegitu bukanlah pertama kali terjadi. Terdahulu, seorang wanita telah memperbaharui pasport. Namun, dia difahamkan terlupa untuk membawa sekali pasport lamanya ke Korea.

Walaupun mempunyai dokumen yang serba lengkap, dia tetap bertegas untuk menghalang kemasukan wanita itu ke negara tersebut.

Selain itu, ada juga kisah di mana dua beradik yang turut diarah pulang. Jelas seorang abang dikenali sebagai Iskandar Elman, dia pada awalnya telahpun melepasi pemeriksaan dengan kastam.

Namun sebaliknya pula yang terjadi kepada si adik. Dalam masa Iskandar hendak menolong adiknya, dia pula telah diarah pulang.


Tips Lain Untuk Lancarkan Perjalanan Ke Korea Selatan

Buat mereka yang bercadang untuk mengunjungi Korea Selatan tidak lama lagi, terdapat beberapa tips lain yang anda boleh cuba bagi memastikan perjalanan lebih lancar tanpa masalah. Antaranya:

#1. Biasakan Diri Dengan Keperluan Visa

Fahami keperluan dan peraturan sebelum melancong ke Korea. Rakyat Malaysia yang layak untuk pengecualian visa perlu mematuhi syarat dan sekatan tertentu.

#2. Bersikap Jujur & Terus Terang Semasa Temu Duga Imigresen

Apabila melalui imigresen, adalah penting untuk anda menjawab sebarang soalan dengan jujur dan memberikan maklumat yang tepat. Elakkan daripada memberikan kenyataan bercanggah atau mengelirukan yang boleh menimbulkan syak wasangka.

#3. Kekalkan Rekod Perjalanan Yang Baik

Mempunyai rekod perjalanan yang bersih tanpa pelanggaran imigresen boleh membantu mewujudkan kredibiliti anda sebagai pelancong yang mematuhi undang-undang.

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Dihalau Imigresen Korea Selatan Gara-gara Mahu Bantu Adik Di Lapangan Terbang

Baca Artikel Berkaitan: Malaysian Girl’s South Korean Holiday Limited To Airport, Forced To Return Next Day


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd