Now Reading
Simbol ‘X’ Bercahaya Di Ibu Pejabat Twitter Di San Francisco Buat Penduduk Bengang

Simbol ‘X’ Bercahaya Di Ibu Pejabat Twitter Di San Francisco Buat Penduduk Bengang

Pihak berkuasa San Francisco menerima 24 aduan berkaitan cahaya lampu dari pemasangan struktur simbol gergasi ‘X’ di ibu pejabat Twitter milik Elon Musk

lampu cahaya simbol X di pejabat Twitter buat penduduk bengang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk mengambil alih platform media sosial Twitter, terdapat pelbagai perubahan yang dilakukan oleh beliau termasuklah had untuk melihat ciapan dalam sehari.

Ciri terbaharu yang ditetapkan oleh Musk membuatkan ramai pengguna Twitter di beberapa negara termasuklah Malaysia mula merungut selepas akaun mereka tidak lagi boleh mengakses ciapan di platform berkenaan.

Artikel Berkaitan: Elon Musk Hadkan Jumlah Ciapan Pengguna Twitter Boleh Lihat Dalam Sehari

Bukan itu sahaja, Elon Musk juga telah menukar logo ‘burung biru’ yang sinonim dengan aplikasi Twitter kepada simbol ‘X’.

Artikel Berkaitan: ‘Selamat Tinggal Burung Biru’ – Elon Musk Umum Perubahan Logo Twitter


Bangunan Ibu Pejabat Twitter Di San Francisco Pasang Simbol ‘X’ Bersaiz Besar Dan Bercahaya Di Atas Bangunan

Susulan perubahan logo itu, ibu pejabat Twitter di San Francisco juga telah menanggalkan papan Twitter dan menggantikkannya dengan simbol ‘X’ bersaiz besar dan bercahaya putih di atas bangunan mereka.

Walau bagaimanapun, pemasangan simbol ‘X’ bercahaya itu dikatakan mengundang kritikan daripada penduduk yang tinggal berhadapan dengan bangunan tersebut.

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh salah seorang penduduk berhampiran (@realchristjbeale), dia meluahkan rasa kurang senang apabila simbol ‘X’ dari bangunan ibu pejabat Twitter itu mengeluarkan cahaya yang terlalu terang.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi adalah apabila cahaya pada simbol berkenaan berkelip-kelip sehingga menyilaukan pandangan.


Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan Selepas Elon Musk Pasang Simbol ‘X’ Gergasi Di Bahagian Atas Ibu Pejabat Twitter

Memetik laporan CNN, Jurucakap Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco, Patrick Hannan memaklumkan bahawa pihak mereka telah melakukan siasatan terhadap pemasangan logo gergasi tersebut yang dikatakan telah menggangu penduduk berhampiran.

Jelasnya lagi, pemasangan tersebut didakwa tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa serta tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Pada hujung minggu lalu, kami menerima 24 aduan berkaitan struktur keselamatan serta pencahayaan logo gergasi tersebut.

Jurucakap Jabatan Pemeriksaan Bangunan San Francisco, Patrick Hannan

Susulan itu, simbol ‘X’ gergasi itu difahamkan telah diturunkan semalam (31 Julai) selepas ia baru sahaja dipasang pada Jumaat lalu (28 Julai).


Kenapa Elon Musk Mahu Tukar Twitter Kepada ‘X’?

Selepas bertahun-tahun aplikasi media sosial Twitter dikenali dengan nama tersebut serta logo burung berwarna biru, kini Elon Musk yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif telah mengambil keputusan untuk menukarkan platform itu kepada ‘X’.

Mesti ramai yang terfikir, kenapa ‘X’?

Demi menjadikan Twitter sebuah platform yang lebih berkembang maju, Elon Musk mahu melihat ‘X’ lebih kepada aplikasi yang dipanggil sebagai ‘everything app’.

Sumber: Twitter Christopher J.Beale | CNN | CNBC


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd