Now Reading
Elon Musk Hadkan Jumlah Ciapan Pengguna Twitter Boleh Lihat Dalam Sehari

Elon Musk Hadkan Jumlah Ciapan Pengguna Twitter Boleh Lihat Dalam Sehari

Ciri terbaharu yang diwujudkan oleh Elon Musk ini akan memaparkan mesej “Rate Limit Exceeded” jika pengguna Twitter telah mencapai had bacaan ciapan dalam sehari.

Elon Musk Hadkan Jumlah Ciapan Pengguna Twitter Boleh Lihat Dalam Sehari

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Media sosial Twitter adalah salah satu platform kegemaran ramai untuk mendapatkan maklumat terkini dengan lebih pantas tentang isu semasa.

Nak cari tips atau tempat-tempat best untuk ‘cafe hunting’ di beberapa negeri pun banyak di Twitter. Tinggal ‘scroll’ je!

Tapi mungkin selepas ini anda tidak boleh lagi ‘scroll’ Twitter berjam-jam kerana ada ciri baharu yang diperkenalkan.


Elon Musk Tetapkan Jumlah Ciapan Yang Boleh Dibaca Oleh Pengguna Dalam Satu Hari

Pemilik platform Twitter iaitu Elon Musk menerusi ciapan terbaharunya (@elonmusk) semalam (2 Julai) mengumumkan tentang jumlah ‘tweet’ yang boleh dilihat oleh pengguna dalam tempoh sehari.

Jumlah yang dihadkan itu berbeza mengikut jenis akaun sama ada ia sudah disahkan (ada ‘blue tick’) atau tidak berdasarkan kategori berikut:

  • Akaun yang sudah disahkan (mempunyai ‘blue tick’): boleh membaca 6,000 ciapan sehari.
  • Akaun yang tidak mempunyai ‘blue tick’: boleh membaca 600 ciapan sehari.
  • Akaun yang baru dibuat dan tidak mempunyai ‘blue tick’: boleh membaca 300 ciapan dalam sehari.

Menurutnya, ciri tersebut dilakukan untuk menangani tahap pengikisan data dan manipulasi sistem yang melampau.

Musk juga menjelaskan ciri ‘View Limit’ yang cuba dilakukan ini adalah untuk membendung sikap kemaruk menggunakan Twitter dan menasihati orang ramai mula keluar menikmati dunia luar.


Pengguna Twitter Merungut Setiap Kali Akaun Sudah Cecah Jumlah Ciapan Yang Dihadkan Dalam Sehari

Ciri terbaharu yang ditetapkan oleh Musk membuatkan ramai pengguna Twitter di beberapa negara termasuklah Malaysia mula merungut selepas akaun mereka tidak lagi boleh mengakses ciapan di platform berkenaan.

Setiap kali akaun pengguna sudah mencecah had ditetapkan, akan ada mesej yang muncul seperti “Rate Limit Exceeded. Please wait a few moments then try again” atau “Sorry, you are rate limited. Please wait a few moments then try again”.

Malah, ada pengguna yang dikatakan tidak boleh melihat ciapan sendiri ya.


Elon Musk Naikkan Jumlah Bilangan Ciapan Boleh Dibaca Dalam Sehari Selepas Terima Banyak Rungutan

Disebabkan banyak rungutan yang diterima oleh para pengguna Twitter, Musk menaikkan jumlah bilangan yang boleh dibaca oleh mereka dalam sehari bergantung kepada jenis akaun dimiliki.

Dalam ciapan terbaharu Musk, dia menjelaskan ciri ‘View Limit’ ini ditetapkan kerana mereka tiada pilihan lain untuk membendung pesaing dari mempunyai akses data terhadap Twitter.

Tambahnya lagi, ciri ini hanya akan digunakan dalam tempoh waktu tertentu sahaja dan akan kembali seperti biasa dalam masa terdekat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd