Now Reading
Platform X Bakal Jual Akaun Pengguna Yang Tak Aktif Lebih 30 Hari

Platform X Bakal Jual Akaun Pengguna Yang Tak Aktif Lebih 30 Hari

Penjualan akaun X pengguna yang tidak log masuk lebih 30 hari dikatakan bagi membanteras sebarang akaun spam dan bot yang semakin berleluasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Laman X atau sebelum ini dikenali sebagai Twitter merupakan platform media sosial terkenal di kalangan masyarakat serata dunia.

Ia digunakan untuk berkomunikasi, mengetahui berita serta trend terkini, berkenalan dengan orang baru dan sebagainya.

Namun, masalah yang selalu dihadapi orang ramai adalah apabila mereka tidak boleh menggunakan nama pengguna (username) tertentu kerana telah diguna pakai oleh individu lain.


Akaun X Pengguna Yang Tidak Aktif Bakal Dijual

Berita baik buat anda, seseorang individu berkemungkinan boleh menggunakan nama pengguna diingini kerana laman X kini sedang membangunkan ruang jual beli terhadap akaun-akaun yang tidak lagi aktif selepas didaftarkan.

Susulan itu, e-mel telah pun mula dihantar kepada mereka yang berkemungkinan berminat untuk membeli akaun tertentu dengan bayaran $50,000 (kira-kira RM232,925.00).


Akaun X Bakal Dipadam Jika Tak Log Masuk Lebih 30 Hari

Terdahulu, pemilik platform X Elon Musk dalam satu kenyataan berkata bahawa X akan memadam sejumlah 1.5 bilion akaun pengguna yang tidak lagi aktif.

Usaha itu dikatakan bagi membanteras sebarang akaun spam dan bot yang semakin berleluasa.

Akaun X yang bakal dipadam adalah untuk pengguna yang kurang aktif dan tidak log masuk dalam media sosial tersebut lebih daripada tempoh 30 hari.


Jual Akaun X Untuk Jana Pendapatan Yang Merosot

Oleh itu, buat anda yang mempunyai akaun laman X yang sudah lama tidak dilog masuk, jangan tangguh-tangguh agar ianya tidak dijual secara mengejut pada masa akan datang.

Inisiatif tersebut dilihat sebagai satu lagi cara untuk X menjana pendapatan yang semakin merosot selepas setahun diambil alih oleh Elon Musk.

Sumber: Malay Mail

Untuk info, Elon Musk telah memperkenalkan dua pelan baru untuk X Premium pada dua minggu lalu.

Bukan itu sahaja, pembayaran sejumlah $1 (kira-kira RM4.65) juga telah dikenakan untuk akaun-akaun baharu di New Zealand dan Filipina.


Kenapa Elon Musk Tukar Twitter Kepada X?

Umum sedia maklum bahawa laman Twitter yang dikenali dengan logo burung berwarna biru, telah bertukar kepada X pada hujung bulan Julai lalu.

Mesti ramai yang terfikir, kenapa X?

Demi menjadikan Twitter sebuah platform yang lebih berkembang maju, Elon Musk mahu melihat X lebih kepada aplikasi dipanggil sebagai ‘everything app’.

Sumber: Search Engine Journal

Baca Artikel Berkaitan: Simbol ‘X’ Bercahaya Di Ibu Pejabat Twitter Di San Francisco Buat Penduduk Bengang

Baca Artikel Berkaitan: ‘Selamat Tinggal Burung Biru’ – Elon Musk Umum Perubahan Logo Twitter

Baca Artikel Berkaitan: Elon Musk Hadkan Jumlah Ciapan Pengguna Twitter Boleh Lihat Dalam Sehari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd