“Ni Kali Kedua Kena” – Wanita Dedah Dirinya & Ibu Diekori Lelaki Tidak Dikenali Di Pusat Beli-belah
Lelaki dipercayai bukan warga tempatan telah mengekori Mekyun dan ibunya memasuki tiga buah kedai ketika berada di SOGO Kuala Lumpur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Golongan wanita pada zaman kini menjadi semakin takut dan bimbang untuk pergi ke mana-mana seorang diri apabila wujud pelbagai kes yang menggugat keselamatan mereka.
Tidak kira sama ada di kawasan awam mahupun di dalam kediaman sendiri, ada sahaja individu yang berniat jahat untuk melakukan perkara tidak sepatutnya seperti kejadian jiran lelaki disyaki mengintai tandas sebuah rumah wanita tempatan.
Artikel Berkaitan: Jiran Terjah Warga Asing Intai Tandas Rumah Perempuan Di Sebuah Kondominium
Antara kes lain yang tular adalah melibatkan seorang jurufoto wanita dikenali sebagai Acacia Diana yang diganggu dan diekori oleh seorang lelaki tidak dikenalinya sejak lapan tahun lalu sehingga ke United Kingdom.
Artikel Berkaitan: Acacia Diana Buat Laporan Polis Kali Ketiga, Bengang Diganggu ‘Stalker’ Sejak 8 Tahun Lalu
Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Menangis Minta Tolong Lepas Diekori Kereta ‘Misteri’
Wanita Dan Ibunya Diekori Lelaki Tidak Dikenali Ketika Sedang Berjalan-jalan Di SOGO
Isu tentang keselamatan golongan wanita sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang influencer dikenali sebagai Mekyun bersama ibunya mendedahkan detik cemas yang berlaku kepada mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok (@mekyunnnn), wanita itu menceritakan dia sedang berjalan-jalan bersama ibunya di pusat membeli-belah SOGO di Kuala Lumpur.
Namun aktiviti itu terbantut apabila dia mula menyedari bahawa mereka diekori oleh seorang lelaki dipercayai bukan warga tempatan.
Kami dah pergi tiga kedai dan dia masuk semua kedai yang kami masuk. Lepas itu dia acah-acah macam tengok barang tetapi sebenarnya dia mengekori kami.
Mekyun.
Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee itu sempat merakam beberapa video menunjukkan kelibat lelaki memakai cermin mata dan berbaju kemeja berwarna kelabu berjalan seorang diri.
Disebabkan bengang dengan apa yang berlaku, Mekyun berniat untuk berdepan sendiri dengan lelaki tersebut dan ibunya juga mahu memanggil pengawal keselamatan di lokasi berhampiran.
Namun, lelaki tersebut tiba-tiba sahaja melarikan diri selepas melihat Mekyun mahu merakam video menggunakan telefon bimbit.
Sebelum mamat creepy ni lari, dia berani datang dekat-dekat and Mekyun hampir nak confront dia and Mok nak panggil security guard tapi bila dia nampak je Mekyun tengah record muka dia, dia terus pusing balik and jalan lari laju-laju.
Mekyun.
Lebih merisaukan lagi, insiden ini telah berlaku dua kali kepada Mekyun dan ibunya. Bukan itu sahaja, wanita berusia 26 tahun ini juga mendedahkan dirinya sudah hampir lima kali diekori lelaki tidak dikenali ketika berseorangan.
Susulan itu, Mekyun menasihati para wanita di luar sana untuk sentiasa berhati-hati dan segera meminta bantuan kepada orang awam jika berdepan situasi seperti ini.
Kalau korang kena macam ni, perkara pertama yang perlu buat adalah pergi masuk kedai yang paling dekat dan beritahu staf korang diekori lelaki tidak dikenali, atau nampak pengawal keselamatan terus lari ke mereka. Jangan jalan sorang-sorang especially ke tempat letak kereta.
Mekyun.
Ramai Wanita Mula Risau Dan Pernah Lalui Pengalaman Sama Seperti Mekyun
Pengalaman menakutkan yang dikongsikan oleh wanita berbangsa Cina itu membuatkan ramai netizen meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan mereka dan menasihati Mekyun untuk berhati-hati juga ketika berada di luar rumah.
Malah, ada juga wanita yang mendedahkan mereka pernah melalui pengalaman hampir sama apabila diekori oleh lelaki tidak dikenali di dalam pusat membeli-belah di Putrajaya dan juga ketika membeli barangan dapur di pasar raya.
Rata-rata wanita di ruangan komen berpendapat bahawa keselamatan mereka kini semakin terancam selepas berlakunya banyak kes melibatkan gangguan seksual.
Tips Keselamatan Bagi Kaum Wanita
Masalah melibatkan isu keselamatan wanita kini perlu diambil berat oleh masyarakat kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada di kawasan terbuka atau kawasan tertutup.
Bagi kaum wanita di luar sana, berikut kami kongsikan beberapa tips keselamatan bagi melindungi diri anda.
- Jangan berjalan sambil menggunakan telefon kerana ia boleh menghilangkan tumpuan anda terhadap keadaan sekeliling yang sedang berlaku.
- Elakkan dari berjalan seorang diri di kawasan sunyi.
- Jangan meletakkan beg tangan atau barangan berharga di tempat duduk penumpang semasa memandu.
- Sekiranya anda rasa sedang diekori, terus pandu kereta ke balai polis berdekatan dan menghubungi pihak polis untuk memberikan keterangan.
- Periksa keadaan sekeliling kenderaan sebelum memasuki kereta.
- Segera mengunci pintu kereta sebelum memasuki kenderaan.
- Menjerit sekuat hati atau menekan hon jika diganggu individu tidak dikenali.
- Sediakan penyembur lada, wisel keselamatan atau kunci penggera di dalam beg untuk digunakan sekiranya diserang.
Sumber: TikTok @mekyunnnn | Carsome | Kampung Jambu Rias
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.