Now Reading
[Video] Wanita Menangis Minta Tolong Lepas Diekori Kereta ‘Misteri’

[Video] Wanita Menangis Minta Tolong Lepas Diekori Kereta ‘Misteri’

Perkongsian video oleh wanita tersebut adalah untuk memberi kesedaran tentang realiti gangguan ketika di jalan raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik video yang membimbangkan di TikTok ketika dia dan beberapa orang rakannya ingin pulang ke rumah selepas keluar berjalan.

Video tersebut menunjukkan sebuah kereta mengekori rapat dan berterusan mengganggu mereka dengan cara memancarkan ‘high beam’ walaupun jalan agak terang.

@nurfaatihahmaisarah

YANG LALU JALAN KUCHING PLEADE HATI HATI! KALAU KENA MACAMNI PLEASE JANGAN BERHENTI! ORANG KALAU NAK BUAT JAHAT DIA TAK FIKIR APA! #fyp

♬ original sound – NurFaatihahmaisarah – NurFaatihahmaisarah

Menurut wanita tersebut, dia dan rakan-rakannya seperti biasa sedang mendengar lagu di dalam kereta.

Pada waktu itu, mereka sedang memandu di lorong pertama apabila sebuah kereta yang mencurigakan tiba-tiba memecut ke arah mereka.

Wanita berkenaan merasakan dia tak ada melanggar mana-mana peraturan trafik sehingga boleh menimbulkan kemarahan pengguna lain. Jadi, dia bertindak untuk tidak mempedulikan perkara tersebut.

Tetapi, ada sesuatu yang mula membimbangkan.

Kenderaan yang mencurigakan itu mengekori mereka sepanjang perjalanan dari Cheras ke Jalan Kuching.

Wanita itu dan rakan-rakannya mula berasa bimbang apabila menyedari yang mereka mungkin sedang diekori.

Disebabkan risau dengan keselamatan mereka, wanita berkenaan membuka tingkapnya dan terus menjerit apabila ternampak ada sebuah lori yang lalu.

Pemandu lori membantu dengan cara mengikuti kereta mereka dari belakang sehingga menyebabkan kenderaan yang mencurigakan itu berlalu pergi.

Selepas kejadian berkenaan, wanita itu segera membuat laporan polis mengenai kes tersebut.

Dia juga memuat naik satu lagi video di TikTok menggesa pemandu kereta yang tidak dikenali itu untuk tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

https://www.tiktok.com/@nurfaatihahmaisarah/video/7029110749704326426?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Video yang dimuat naik oleh wanita itu telah meraih 1.3 juta tontonan dalam masa beberapa hari ketika artikel ini ditulis.

Nasihat daripada orang awam

Netizen merasakan mereka sememangnya perlu mempunyai rasa bertanggungjawab untuk menolong.

Mereka memberikan pendapat dan nasihat tentang bagaimana untuk menangani keadaan tersebut jika berlaku di masa hadapan.

Kredit: TikTok @nurfaatihahmaisarah
Kredit: TikTok @nurfaatihahmaisarah

Insiden tersebut boleh dijadikan peringatan kepada pengguna jalan raya di luar sana untuk membantu mana-mana gadis yang diganggu atau memberi sebarang isyarat pertolongan.

Walaupun tiada sebarang sentuhan fizikal pada gadis itu, tetapi gangguan seperti mengekori mereka di jalan raya juga adalah perbuatan yang dilarang.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd