Jiran Terjah Warga Asing Intai Tandas Rumah Perempuan Di Sebuah Kondominium
Lelaki yang disyaki mengintai tandas sebuah rumah wanita tempatan adalah seorang warga asing dari Palestin yang berstatus pelajar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Keselamatan para wanita pada zaman sekarang cukup membimbangkan.
Ini kerana gangguan seksual di Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi walaupun di tempat awam. Ada sahaja berita tentang orang buat perkara tidak senonoh kita dengar setiap hari.
Perkara sebegini membuatkan para wanita mula risau sekiranya mereka berada di mana-mana lokasi seorang diri tanpa peneman.
BACA JUGA: [Video] Gadis Kena Gangguan Seksual Di Hentian Bas. Siap Diugut Nak Cari Di Tempat Kerja!
Lelaki Warga Asing Intai Tandas Rumah Wanita Di Cyberjaya
Bukan sahaja di tempat awam, malah di rumah kediaman juga sudah kurang selamat selepas berlakunya satu kejadian di mana seorang lelaki warga asing mengintai tandas jirannya.
Difahamkan, kesemua penghuni rumah tersebut adalah golongan wanita warga tempatan.
Kejadian ini mula disedari oleh jiran yang tinggal berhampiran dan dia berjaya merakam perbuatan tidak beradab itu menggunakan telefon bimbitnya.
Lebih berani lagi, jiran berkenaan telah menerjah sendiri lelaki tersebut yang dipercayai seorang lelaki warga asing berstatus pelajar sebelum dia sempat melarikan diri.
Menurut jiran yang dikenali sebagai Intan, kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Cyberjaya itu bukanlah kali pertama berlaku.
Sebelum ini pernah jadi juga dan pernah viral cuma mangsa tak tahu siapa sebab nampak tangan dan telefon bimbit sahaja, kemudian dia lari. Dulu ada warga asing juga buat perkara tak senonoh depan kondominium ini. Hati-hati ya semua.
Intan.
Dalam video rakaman yang dimuat naik di laman Twitter jiran tersebut (@INadhrah), lelaki tersebut dilihat sanggup memanjat tembok dan membuka tingkap tandas untuk mengintai wanita yang berada di dalamnya.
jiran tu saya. saya saksi. mmg Allah nak tunjuk. sebelum ni pernah jadi juga and pernah viral cuma mangsa sebelum ni taktahu siapa sbb nampak tangan and handphone je dan dia lari. teruk juga mutiara ville ni. dulu warga asing juga m@asturbate depan MV. hati hati ya korang. https://t.co/bskxE7JSbE pic.twitter.com/RlKr9nFurZ
— intan (@INadhrah) January 25, 2023
Mangsa Menggigil Ketakutan Selepas Tahu Dirinya Telah Diintai Oleh Lelaki Di Tandas
Selepas kejadian tersebut berlaku, Intan telah membawa mangsa untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu kerana wanita itu menggigil ketakutan berikutan insiden yang terjadi.
Intan juga meluahkan rasa geram selepas melihat sendiri perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh lelaki warga asing itu.
ni mangsa which is jiran aku. kesian ketakutan shaking smlm. bawak duduk rumah aku. masa aku witness tu, tak fikir apa dah. mmg geram. mmg aku kena fikir safety aku, tapi aku tak boleh pentingkan diri. aku keluar rumah dan record sebab aku nak dapatkan muka suspect tu. pic.twitter.com/2yp9Ap5Z0s
— intan (@INadhrah) January 25, 2023
Suspek Telah Ditahan Oleh Pihak Polis
Memetik laporan Berita Harian, seorang pelajar lelaki warga Palestin yang disyaki mengintai tandas di sebuah rumah yang didiami wanita tempatan telah ditahan oleh pihak polis pada Selasa lalu (24 Januari).
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata laporan berhubung kejadian itu telah dilaporkan oleh seorang jiran yang menjadi saksi kepada perbuatan tersebut.
Lelaki Palestin itu telah ditahan sekitar jam 4:00 petang di kondominium Mutiara Ville di Cyberjaya dan pihak polis turut merampas telefon bimbit, baju, seluar serta selipar yang digunakan.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.