Now Reading
Dr Felicia Genie Catat Sejarah Jadi Guru Pertama Dalam Komuniti Iban Raih PhD Dari Ivy League

Dr Felicia Genie Catat Sejarah Jadi Guru Pertama Dalam Komuniti Iban Raih PhD Dari Ivy League

Dr Felicia Genie Tersan yang berasal dari Sarawak telah merangkul Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan Bahasa Inggeris (English Education) dari Columbia University.

Felicia Genie Catat Sejarah Jadi Guru Pertama Dalam Komuniti Iban Raih PhD Dari Ivy League

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut beberapa nama universiti berprestij dunia seperti Harvard, Oxford, Stanford atau Yale, automatik ramai yang akan terfikir bahawa pelajar yang dikategorikan sebagai ‘genius’ sahaja dapat memasuki institusi pendidikan tinggi ini.

Ujian untuk melayakkan anda memasuki ke universiti berkenaan juga difahamkan agak sukar. Jadi memang tabik kepada mereka yang berjaya bergelar graduan daripada universiti hebat ini.

Artikel Berkaitan: 3 Pelajar Malaysia Bakal Bergelar Siswa Di Harvard College

Artikel Berkaitan: Dua Pelajar Malaysia Dipilih Masuk Ke Harvard College Antara 50,000 Permohon Serata Dunia


Wanita Ini Catat Sejarah Jadi Guru Kaum Iban Yang Pertama Raih PhD Dari Ivy League

Pencapaian seorang guru wanita telah membanggakan ramai rakyat Malaysia selepas berjaya menamatkan pengajian dan merangkul segulung ijazah bertaraf PhD dari universiti berprestij dunia.

Lebih mengujakan lagi, graduan bernama Dr Felicia Genie Tersan itu merupakan guru wanita pertama dalam komuniti kaum Iban yang meraih pencapaian tersebut dari Teachers College, Columbia University, New York, Amerika Syarikat. 

Columbia University merupakan salah satu daripada lapan universiti penyelidikan yang tersenarai dalam institusi Ivy League termasuklah:

  • Princeton University
  • Brown University
  • Cornell University
  • Dartmouth College
  • Harvard University
  • University of Pennsylvania
  • Yale University

Felicia yang berasal dari Sungai Tanduk, Sri Aman, Sarawak telah merangkul Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan Bahasa Inggeris (English Education).

Sumber: Utusan Borneo

Meskipun yuran pengajian agak mahal dan tidak berasa cukup bagus untuk memohon ke universiti tersebut, Felicia tetap meneruskan impiannya kerana mahu melakukan pendidikan berkaitan pembangunan profesional guru dan pendidik komuniti luar bandar.

Secara jujurnya, saya tidak terfikir akan diberi peluang untuk masuk ke Columbia kerana pertama yurannya mahal dan saya datang daripada keluarga yang sederhana. Keduanya adalah saya berasakan tidak cukup ‘bagus’ untuk ke universiti ini.

Dr Felicia Genie Tersan.

Felicia Ketengahkan Budaya Iban Di Amerika Syarikat

Sebagai masyarakat kaum Iban, Felicia berbesar hati untuk mengetengahkan tentang budayanya di Amerika Syarikat dengan salah satu cara iaitu melakukan penyelidikan PhD bertajuk ‘Coaching Across Cultures: A Narrative Inquiry of Instructional Coaching in Rural Sarawak’.

Penyelidikannya itu turut melayakkannya untuk menerima Anugerah Disertasi Kedoktoran. 

Dalam tesis, saya memang mengetengahkan negeri Sarawak dan budaya kita yang berbilang kaum, jadi apabila terpilih untuk menerima anugerah ini, saya sangat berbesar hati. 

Dr Felicia Genie Tersan.
Sumber: Utusan Borneo

Ketika menerima anugerah tersebut, Felicia dengan bangganya memakai selampai Iban pada jubahnya dan secara tidak langsung telah menarik minat orang ramai dengan aksesori tersebut.

Bila memakai selampai Iban itu, sememangnya komuniti di sana bertanya dan saya ambil kesempatan itu untuk menerangkan mengenai ukiran pada selampai yang dipakai dan kaitannya dengan budaya masyarakat Iban.

Dr Felicia Genie Tersan.

Selain itu, Felicia juga membawa beg diperbuat dari kain pua kumbu yang ditenun menggunakan benang ema oleh mendiang neneknya ketika menghadiri upacara konvokesyen.


Felicia Suntik Semangat Kepada Anak-anak Sarawak Menghabiskan Persekolahan Dan Bercita-cita Tinggi

Dengan penyelidikan yang dilakukan selama empat tahun sejak tahun 2019, Felicia berharap ia dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris demi meningkatkan kebolehpasaran anak-anak Sarawak di pentas dunia.

Sumber: Utusan Borneo

Felicia juga menasihati anak-anak Sarawak untuk terus kuat menghabiskan zaman persekolahan serta pengajian tinggi bagi mencapai cita-cita.

Tiada apa yang mustahil. Tetapi tanpa usaha, kita tidak dapat merealisasikan mimpi kita. Semuanya boleh digapai bila kita ada usaha dan matlamat.

Dr Felicia Genie Tersan.

Terdahulu, Felicia telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 14 tahun dengan memulakan kerjayanya sebagai guru Bahasa Inggeris di di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusa pada tahun 2009.

Kini, Felicia berkhidmat sebagai Pegawai SISC+ Bahasa di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Padawan. 

Artikel Berkaitan: Dilantik Jadi Pensyarah Di Korea & Terima PhD Pada Usia 29 Tahun. Kejayaan Wanita Ini Buat Ramai Terpegun!

Artikel Berkaitan: Ibu 7 Anak Peroleh PhD Dengan Hanya Penglihatan Mata Kiri & Kanta Pembesar

Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Kelebihan Sambung ‘Master’ Dalam Bidang Pendidikan

Sumber: Utusan Borneo


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd