Now Reading
Ibu 7 Anak Peroleh PhD Dengan Hanya Penglihatan Mata Kiri & Kanta Pembesar

Ibu 7 Anak Peroleh PhD Dengan Hanya Penglihatan Mata Kiri & Kanta Pembesar

Wanita berusia 52 tahun ini juga terpaksa menggunakan kanta pembesar untuk melihat ketika melakukan penyelidikan dalam pengajian Doktor Falsafah (PhD).

Farahin Fadzil
ibu hilang sebelah penglihatan berjaya genggam PhD

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila kita ada niat yang ikhlas untuk menuntut ilmu, datanglah apa jua cabaran pastinya itu tidak menjadi penghalang kepada seseorang untuk menamatkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Kalau rasa tak cukup masa kerana perlu uruskan kerjaya dan keluarga, sesetengah universiti juga menawarkan pengajian separuh masa.

BACA JUGA: Wanita Ini Kongsi Kelebihan Sambung ‘Master’ Dalam Bidang Pendidikan

Ibu hilang sebelah penglihatan peroleh PhD

Walaupun mengalami masalah penglihatan pada mata sebelah kanan, namun itu tidak mematahkan semangat seorang ibu berusia 52 tahun untuk menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Wanita dikenali sebagai Norhayati Sambak meluahkan rasa syukur apabila berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) meskipun mengambil masa enam tahun.

Sumber: BERNAMA

Juga bergelar seorang pensyarah di UiTM Kelantan, pastinya perjalanan Norhayati untuk menamatkan pengajiannya diharungi pelbagai cabaran sehingga pernah terfikir untuk menjual tanah dan membayar semula biasiswa yang diterima.

Tipulah kalau saya tak pernah rasa putus asa. Saya pernah terfikir mahu menjual tanah untuk membayar semula duit kerajaan (biasiswa). Ada satu masa itu saya rasa macam tiada hala tuju. Bersyukur ada sokongan keluarga dan penyelia.

Norhayati Sambak.

Norhayati juga terpaksa menggunakan kanta pembesar dalam kehidupan seharian kerana mata kirinya menghidap lekangan retina manakala mata kanannya pula tidak berfungsi sejak 10 tahun lalu.

Sumber: BERNAMA

Tahun lepas selepas selesai PhD, saya terpaksa melalui dua kali pembedahan pada mata kiri. Mungkin kerana terlalu mengharapkan mata kiri membuatkan saya terlampau stres sehingga penglihatan kurang jelas.

Norhayati Sambak.

Team TRP mengucapkan tahniah kepada Puan Norhayati kerana berjaya menggenggam segulung ijazah PhD di samping bergelar ibu dan juga pensyarah. Tabiklah!

Semoga kisah ini mampu membuakan lebih ramai terinpirasi dan kekal bersemangat untuk menamatkan pengajian.

BACA JUGA: Taylor Swift Kini Bergelar Doktor. Siap Ada Kursus Sendiri Di Universiti!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nine + 17 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd