Now Reading
Dilantik Jadi Pensyarah Di Korea & Terima PhD Pada Usia 29 Tahun. Kejayaan Wanita Ini Buat Ramai Terpegun!

Dilantik Jadi Pensyarah Di Korea & Terima PhD Pada Usia 29 Tahun. Kejayaan Wanita Ini Buat Ramai Terpegun!

Beliau kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) di Korea Selatan dan mengajar kursus-kursus berkaitan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di sana.

phd pensyarah korea

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Mencapai kejayaan di usia muda adalah impian setiap orang.

Siapa tak nak apabila menerima pelbagai jenis anugerah dan dilihat sebagai salah seorang yang berjaya walaupun usia belum mencecah 30 tahun, bukan? Percayalah, semua orang ingin memiliki kejayaan seperti itu.

Masa itu, bukan diri sendiri je bangga, mak ayah pun tumpang gembira.

Sebab itulah perlu berusaha sebaik mungkin. Dan yang penting, jangan putus asa. Orang kata, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.”

BACA JUGA: Universiti Malaya Lantik Ahli Lembaga Pengarah Termuda. Syabas!


Wanita 29 Tahun Terima PhD & Jadi Pensyarah Di Korea

Terbaharu, seorang wanita yang dikenali sebagai Dr. Zulfati Izazi Zulkifli baru-baru ini telah mengharumkan nama Malaysia dengan pencapaian yang diterimanya iaitu berjaya menggenggam PhD di usia 29 tahun.

Malah, Dr Izazi juga telah dilantik sebagai seorang pensyarah di Korea!

Memetik laporan nona, beliau berharap supaya perkongsian yang diberikan ini dapat menjadi suntikan semangat buat kaum wanita di luar sana untuk menggapai impian.

Dr Izazi baru sahaja selesai menghadiri majlis graduasi Universiti Sains Malaysia (USM). Dia yang bakal memasuki ‘3 series’ pada Ogos akan datang menzahirkan perasaan syukur kerana pengorbanannya selama ini berbaloi.


Background.

Tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Seri Bintang Selatan, Dr Izazi kemudiannya melanjutkan pengajian STPM di Victoria Institution hingga tahun 2011 sebelum menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Linguistik).

Selepas tamat ijazah sarjana muda, saya lanjutkan pengajian ke peringkat sarjana pula di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Pengajian Bahasa dari tahun 2015 hingga 2017. Beberapa bulan bekerja sebagai Pembantu Penyelidik di Universiti Malaya pada tahun 2017, saya mendaftar pula sebagai pelajar ijazah doktor falsafah dalam bidang linguistik di USM dan telah tamat pengajian pada awal tahun 2021.

Dr. Zulfati Izazi Zulkifli ketika dihubungi oleh nona.

Beliau kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS) di Korea Selatan dan mengajar kursus-kursus berkaitan bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar ijazah sarjana muda di sana.

“Mengapa Linguistik?”

Menjawab persoalan tersebut, beliau berkata, “Saya ada banyak minat, jadi pada awalnya agak sukar untuk saya pilih bidang pengajian yang bakal diambil. Kemudian saya sedar bahawa minat saya terhadap bahasa sebenarnya telah mula mendalam sejak saya kecil lagi.

“Saya sentiasa ada rasa ingin tahu tentang bahasa, kerana itu saya buat keputusan untuk mendalami ilmu tentang bahasa melalui bidang linguistik.

“Tentang masa yang diambil untuk tamat pengajian, jika dikira bermula daripada sarjana muda sehingga PhD, kesemuanya mengambil masa kira-kira 9 tahun. Satu perjalanan yang panjang tapi cukup bermakna.

“Saya percaya, seperti mana-mana ibu bapa lain, ibu bapa saya juga gembira dan bersyukur dengan kejayaan saya. Pelukan dan ucapan tahniah daripada mereka sangat bernilai untuk saya,” jelasnya.


Parents Beri Peluang Pilih Bidang Kerjaya & Pendidikan Sendiri

Untuk pengetahuan anda, Dr Izazi merupakan anak sulung kepada pelakon Zulkifli Ismail dan Umi Salbiah Abdul Rahman. Beliau turut mengakui bahawa ibu bapanya memberikan peluang buatnya untuk memilih sendiri bidang kerjaya dan pendidikan yang diinginkan.

Ibu bapa saya tidak terlalu tegas tentang keputusan peperiksaan. Bahkan mereka tak pernah marah kalau saya dapat C atau D sekalipun dalam peperiksaan, tetapi mereka sangat menyokong setiap proses pembelajaran.

Dr. Zulfati Izazi Zulkifli ketika dihubungi oleh nona.

Baru Berkahwin 3 Bulan Lepas

Mengulas tentang kehidupan peribadi, Dr Izazi sebenarnya baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira tiga bulan yang lalu.

Walau bagaimanapun, dia dan suami ketika ini berada dalam hubungan jarak jauh (LDR) kerana dia masih di Korea dan suami yang merupakan seorang pensyarah matematik di USM pula sedang berkhidmat sebagai penyelidik jemputan di Shizouka University, Jepun.

Menarik sungguh, suami dan isteri ini kedua-duanya adalah pemegang PhD.

Jika ada rezeki, saya merancang untuk kekal berada dalam akademia dan terus menjadi seorang pendidik. InsyaAllah.

Dr. Zulfati Izazi Zulkifli ketika dihubungi oleh nona.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd