Now Reading
3 Pelajar Malaysia Bakal Bergelar Siswa Di Harvard College

3 Pelajar Malaysia Bakal Bergelar Siswa Di Harvard College

Ketiga-tiga pelajar tersebut adalah antara pelajar antarabangsa dari 102 negara yang dipilih untuk memasuki Harvard College.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Malaysia telah menerima berita yang sangat membanggakan apabila tiga orang rakyat Malaysia telah terpilih untuk memasuki Harvard College, sekolah pra-universiti Harvard University, untuk kelas tahun 2027.

Ketiga-tiga mereka ialah Ho Shu Xin dari Ipoh, dan Pua E Rick dan Sydny Lum dari Kuala Lumpur.

Kolej tersebut dilaporkan menerima jumlah permohonan sebanyak 56,937 dengan kadar penerimaan sebanyak 3.4%.

Ketiga-tiga rakyat Malaysia berkenaan merupakan sebahagian daripada 14.5% pelajar antarabangsa dari 102 buah negara yang terpilih untuk memasuki Harvard College – dari jumlah keseluruhan 1,942 pelajar yang diterima.

Tiga pelajar Malaysia yang diterima di Harvard College (dari kiri) Ho Shu Xin, Pua E Rick dan Sydny Lum.

Ho dan Pua kini adalah pelajar A-Level di Kolej Yayasan UEM manakala Lum adalah pelajar A-Level di Garden International School (GIS).

Ho bercadang untuk mengambil jurusan psikologi pendidikan, Pua akan mengejar pengajian dalam bidang sains biologi manakala Lum merancang untuk mengambil jurusan ekonomi.

Untuk rekod, Malaysia kini memiliki kurang dari 10 orang alumni dari Harvard College.

BACA JUGA: Dua Pelajar Malaysia Dipilih Masuk Ke Harvard College Antara 50,000 Permohon Serata Dunia


Polisi Bantuan Kewangan Harvard College

Tahun ini merupakan tahun kedua secara berturut-turut Harvard College memperluaskan polisi bantuan kewangan untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Kos untuk memasuki Harvard College akan diberikan secara percuma kepada keluarga dengan pendapatan tahunan kurang daripada US$85,000 (sekitar RM375,000), peningkatan daripada had tahun lalu yang sebanyak US$75,000. Hampir 25% pelajar Harvard College berasal dari keluarga yang berpendapatan kurang daripada jumlah ini.

Sejak melancarkan Inisiatif Bantuan Kewangan Harvard pada tahun 2005, universiti tersebut telah memberikan lebih daripada US$3 bilion bantuan, dan belanjawan bantuan tahunannya telah meningkat lebih daripada 200%, dari jumlah asal US$80 juta menjadi US$246 juta pada tahun 2023.

Kolej tersebut juga telah mengecualikan keperluan ujian piawai selama tiga tahun berturut-turut.

Nadiah Wan, pemeriksa alumni bagi Harvard College dan presiden Harvard Club of Malaysia, berkata bahawa pengambilan pelajar di kolej tersebut adalah “need-blind and financial aid is 100% need-based”.

Ini bermakna pelajar diterima berdasarkan kebolehan dan karakter mereka tanpa mengambil kira latar belakang sosio-ekonomi dan kemampuan kewangan untuk membayar. Jika seorang pelajar diterima, Harvard berkomitmen untuk memastikan bahawa mereka mampu untuk memasuki kolej tersebut. Ini memberikan peluang buat pelajar berbakat di seluruh dunia, termasuk Malaysia, untuk mengakses sistem pendidikan dan penyelidikan bertaraf dunia.

Nadiah Wan, pemeriksa alumni bagi Harvard College dan presiden Harvard Club of Malaysia

“Harvard & Beyond”

Untuk pengetahuan umum, universiti Harvard adalah salah satu daripada universiti ternama yang menawarkan kursus dalam talian secara percuma.

Melalui edX, anda boleh mendaftar dengan universiti-universiti Amerika lain seperti Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Universiti Georgetown.

Terdapat juga kursus dengan universiti antarabangsa lain seperti Universiti Queensland di Australia, Universiti Kebangsaan Singapura, dan universiti terkenal dengan reputasi berusia berabad-abad – Universiti Oxford di England.

BACA JUGA: Now Anyone Can Be a Harvard “Graduate”


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd