Now Reading
Dua Pelajar Malaysia Dipilih Masuk Ke Harvard College Antara 50,000 Permohon Serata Dunia

Dua Pelajar Malaysia Dipilih Masuk Ke Harvard College Antara 50,000 Permohon Serata Dunia

Hanya 1,968 permohonan yang terpilih daripada lebih 57,435 untuk kemasukkan pelajar ke Harvard College.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Berita yang sangat membanggakan buat rakyat Malaysia!

Dua pelajar muda di Malaysia iaitu Jarell Cheong Tze Wen dan Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi bakal menjejakkan kaki ke Harvard College, sekolah sarjana bagi Harvard University yang terkemuka di seluruh dunia.

Kampus Harvard College di Cambridge, Massachusetts.
(Kredit: Harvard College Admissions & Financial Aid/Facebook)

Berita ini diumumkan oleh The Harvard Club of Malaysia menerusi satu kenyataan media. Kedua-dua pelajar ini akan menjadi sebahagian daripada kelas sarjana bagi tahun 2025.

Kedua-dua pelajar ini merupakan produk sistem pendidikan kebangsaan dengan Jarell menamatkan SPM dan A-Level di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur dan Sunway College, Petaling Jaya sementara Hamdi merupakan lulusan SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.

Ramai yang tahu bahawa persaingan untuk mendaftar ke Harvard adalah sangat sengit dengan ribuan pemohon berbakat bersaing untuk mendapatkan tempat dan menggelar diri mereka sebagai lulusan institusi tersebut.

Tahun ini, bagaimanapun, persaingan mencapai tahap tertinggi kerana lonjakan aplikasi yang belum pernah terjadi sebelumnya (kenaikan 43% dari tahun lalu) memenuhi kadar kemasukan terendah Harvard dalam sejarah 385 tahunnya.

Hanya 3.43%, atau 1,968 pelajar daripada 57,435 pemohon diterima untuk kelas tahun 2025.

Dua pelajar ini telah ditemuramah oleh Alumni Harvard Malaysia, Wan Nadiah (Ketua Pegawai Eksekutif TMC Life Sciences dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Thomson Kota Damansara) dan Nick Shaw (Ketua Penyelidikan di Khazanah Nasional Berhad), yang tidak berhenti memuji kedua pelajar tersebut.

Terdapat banyak cara untuk ke Harvard College. Jarell dan Hamdi memberi contoh untuk dua calon yang berbeza. Namun, mereka berdua sama-sama berkongsi persamaan iaitu dorongan untuk melakukan sesuatu dan mencapainya walaupun di mana pun mereka berada.

Wan Nadiah, penemuduga Alumni Harvard.

Apa yang buatkan Hamdi dan Jarell begitu dikagumi?

Muhammad Hamdi Ahmad Hakimi.
(Kredit: Harvard Club of Malaysia)

Hamdi merupakan lulusan SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur sebelum beralih ke A-Level di Kolej Tuanku Ja’afar sebagai Cendekiawan Bank Negara Kijang.

Dia mempunyai pengalaman hidup yang mencabar, termasuk pernah membuat beberapa pekerjaan untuk menolong keluarganya dan masuk ke sekolah berasrama untuk mengurangkan beban keluarganya.

Nick Khaw, Penemuduga Alumni Harvard.

Nick mengatakan bahawa Hamdi sebagai seorang yang berfalsafah yang membincangkan pandangannya serta pendapat lain mengenai hal-hal semasa.

Jarell pula adalah orang yang serba boleh – si genius yang akan dipuji oleh setiap ibu bapa di luar sana.

Jarell Cheong Tze Wen.
(Kredit: Harvard Club of Malaysia)

Dia mewakili Malaysia di Sukan SEA Dancesport dan juga bertanding di bawah bendera Malaysia dalam Olimpik Matematik Asia Pasifik dan kejohanan catur antarabangsa. Dia juga pelajar berbakat yang mendapat semua A* dalam Cambridge International Exams.

Jarell juga berjaya meneruskan hasratnya dan mengajar kelas tarian kepada belia berusia 7-14 tahun ke atas melalui Zoom. Malah, dia turut mengejar minatnya dalam subjek Matematik, menjelajahi kurikulum A-Level untuk meneroka lebih tentang subjek tersebut.

Di Harvard, Hamdi merancang untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Ekonomi sementara Jarell ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Matematik.

Apa pun, kami ucapkan tahniah buat dua pelajar cemerlang ini!


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two × 4 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd