Now Reading
“Lama Pandang Adik Miza” – Shuib Jumpa Kanak-kanak Iras Wajah Siti Sarah, Netizen Pula Yang Sebak

“Lama Pandang Adik Miza” – Shuib Jumpa Kanak-kanak Iras Wajah Siti Sarah, Netizen Pula Yang Sebak

Ada netizen berpendapat cara Adik Miza berjalan dan gayanya yang lemah lembut turut berperwatakan seperti Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Shuib Sekeluarga Jumpa Adik Iras Arwah Siti Sarah, Ramai Luah Rasa Sebak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Meskipun pemergian penyanyi terkenal tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sudah hampir dua tahun, tetapi nama insan ini masih disebut-sebut dan dirindui oleh ahli keluarganya.

Kesedihan apabila kita kehilangan orang tersayang sememangnya tidak dapat digambarkan.

Sebelum ini, pernah tular di mana seorang wanita dikenali sebagai Emy dikatakan memiliki wajah hampir sama dengan Arwah Siti Sarah.

Berikutan itu, Emy telah dijemput untuk bersama-sama memberi kejutan kepada bapa arwah iaitu Raisuddin Hamzah sempena dengan sambutan hari lahirnya.

Artikel Berkaitan: Isteri Rancang Kejutan ‘Kembar’ Siti Sarah Di Sambutan Hari Lahir Raisuddin


Shuib Tersenyum Dapat Berjumpa Kanak-kanak Iras Wajah Siti Sarah

Terbaharu, tular seorang lagi individu yang dipercayai mempunyai muka seiras seperti Siti Sarah iaitu kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Adik Miza.

Pada 7 Julai lalu, Raisuddin bersama isteri dan cucunya, Uwais sanggup meredah perjalanan selama tujuh jam untuk berjumpa dengan adik tersebut.

Oleh kerana ahli keluarga yang lain juga mahu berjumpa dengan Adik Miza, mereka telah merancang sebuah makan malam di restoran dan menjemput juga kanak-kanak perempuan berkenaan.

Momen indah itu sempat dirakam dan dimuat naik di laman Instagram (@suciuwais) dengan suasana yang cukup gembira dan meriah.

Sumber: Instagram @suciuwais

Shuib juga dilihat tersenyum lebar ketika melihat Adik Miza berada di hadapannya. Sebelum ini, Shuib pernah menyatakan pendapatkan bahawa kanak-kanak perempuan itu seperti Siti Sarah ketika kecil.

Malah, anak-anak Shuib juga bersalaman dengan Adik Miza dan kelihatan tersipu-sipu malu.


Netizen Sebak Tengok Pertemuan Kanak-kanak Iras Siti Sarah Dengan Keluarga Shuib

Di ruangan komen video tersebut, kebanyakan netizen meluahkan rasa sebak apabila melihat pertemuan keluarga Shuib dengan kanak-kanak perempuan memiliki wajah iras Siti Sarah.

Ada juga berpendapat cara Adik Miza berjalan dan gayanya yang lemah lembut turut berperwatakan seperti bekas penyanyi lagu Semakin.

Mereka juga berpandangan ada hikmah Allah SWT mencipta manusia dengan tujuh wajah hampir sama kerana mereka masih berpeluang untuk menatap wajah seseorang yang sudah meninggal dunia.


Pemergian Siti Sarah Diingati Ramai

Siti Sarah telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan virus Covid-19.

Arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun sebelum ditidurkan dan melakukan pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Keluarga Shuib menerima seorang lagi bayi lelaki bernama Ayash Affan, namun mereka terpaksa menerima hakikat bahawa umur Siti Sarah tidak panjang selepas prosedur mengeluarkan anaknya.

Al-Fatihah buat Siti Sarah Bt Raissuddin.

Artikel Berkaitan: Kenali Siti Sarah Raisuddin: Pemergian Yang Beri Kesan Kepada Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd