Now Reading
Lelaki Kaitkan Kematian Siti Sarah Dengan Freemason Mohon Maaf Kepada Shuib

Lelaki Kaitkan Kematian Siti Sarah Dengan Freemason Mohon Maaf Kepada Shuib

Shuib bagaimanapun memaafkan Zulhairi dan memuji lelaki berkenaan kerana berani tampil bertemu dengannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Baru-baru ini, sebuah hantaran Twitter yang mengaitkan kematian pelakon, Siti Sarah dengan agenda Freemason telah tular.

Hantaran tersebut mendakwa suaminya iaitu pelawak, Shahmira Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Shuib, merupakan ahli Freemason yang membenarkan isterinya menjadi korban demi menunjukkan risiko ibu mengandung yang tidak mendapatkan vaksin.

Hantaran yang tular itu kemudiannya sampai ke pengetahuan Shuib menyebabkan dia meminta individu terbabit bertemu dengannya dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan dikenakan ke atasnya.


Shuib Berjumpa Lelaki Kaitkan Kematian Siti Sarah Dengan Freemason

Hari ini (4 Julai), Shuib telah berjumpa dengan individu terbabit yang dikenali sebagai Zulhairi Abu Othman di kafe Bubble Bee Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, lapor Astro Awani.

Ketika sidang media dijalankan, Zulhairi berkata dia sekadar ‘copy and paste’ informasi berkenaan yang dikongsikan oleh pengguna media sosial lain di ruangan komen sebuah video.

Apabila orang tuduh saya sebagai ahli Freemason, saya rasa bodoh sangat (kenyataan itu) dan tuduhan yang tidak berasas. Jadi pada awalnya saya abaikan sahaja. Apa yang menjadi penyebab saya bersuara bila mereka libatkan nama arwah Siti Sarah.

Pelawak, Shuib.

Shuib berkata dakwaan tersebut merupakan satu tuduhan yang melampau kerana ia seolah-olah mengatakan dia telah ‘membunuh’ isterinya sendiri.

Katanya lagi, Siti Sarah meninggal di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM) di bawah pemerhatian doktor yang merawatnya.

Saya tahu perjalanan isteri saya sebelum masuk hospital sampailah saya lihat dia dalam beg plastik mayat.

Pelawak, Shuib.

Zulhairi kemudiannya memohon maaf berkenaan hantaran yang dilakukan olehnya tanpa memikirkan kesannya terhadap Shuib

Shuib berkata anak-anaknya dan keluarga mertuanya turut membaca hantaran yang dibuat oleh Zulhairi.


Shuib Maafkan Zuhairi

Shuib memaafkan Zulhairi dan mereka berpelukan pada akhir sidang media tersebut. Shuib turut memuji Zulhairi kerana berani tampil bertemu dengannya dan mendoakan supaya isu tersebut tidak memberi sebarang masalah kepada kerjaya dan keluarga Zulhairi.

Saya maafkan dia. Saya tahu dia seorang yang beradab kerana berani datang hari ini. Mungkin silap kerana berkongsi di media sosial sebelum ini.

Pelawak, Shuib.

Shuib Bakal Ambil Tindakan Ke Atas ‘John Dihani’

Seorang lagi individu yang dikenal sebagai ‘John Dihani’ juga telah bertindak membuat tuduhan tidak berasas ke atas Shuib.

Shuib berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit dan telah mendapatkan nama, alamat serta nombor telefonnya.

Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya, rasanya dia pun dah terima surat itu. Dalam mesej yang dihantar, dia ada cakap nak jumpa saya, tetapi saya rasa nak jumpa dia di mahkamah sahaja.

Pelawak, Shuib.

Shuib merasakan penting mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak membuat dakwaan tanpa bukti kepada mana-mana selebriti lain.

Sebagai rekod, Allahyarhamah Siti Sarah telah meninggal dunia di HCTM UKM pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd