Now Reading
Guru Vape Atau Merokok Depan Pelajar Bakal Diambil Tindakan – KPM

Guru Vape Atau Merokok Depan Pelajar Bakal Diambil Tindakan – KPM

Bukan sahaja guru namun kakitangan, ibu bapa, atau mana-mana individu lain juga dianggap bersalah jika menghisap sebarang jenis rokok di persekitaran sekolah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kegiatan merokok telah menjadi satu rutin harian dalam segelintir masyarakat di Malaysia tidak kiralah golongan muda mahupun tua.

Bagi sesetengah pihak, mereka memilih untuk menghisap rokok kerana ia mampu menghilangkan stres dan tekanan jiwa.

Walaupun begitu, sikap ini telah menyebabkan orang yang tidak menghisap rokok juga menghidap penyakit bahaya kerana terhidu asap berkimia seperti asma dan sesak nafas.


Guru Bakal Diambil Tindakan Oleh KPM Jika Merokok/Vape Depan Pelajar Atau Kawasan Sekolah

Semalam (26 September), Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil tindakan sewajarnya jika menerima sebarang aduan tentang para pengajar menghisap vape di hadapan pelajar.

Tambah beliau sekiranya perkara ini sememangnya berlaku di sekolah, aduan perlulah dilaporkan agar tindakan seterusnya boleh dijalankan.

Menjawab soalan Datuk Mohd Hisamudin Yahaya semasa sesi penggulungan perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12), Fadhlina Sidek berkata KPM bakal mengambil tindakan lanjut jika mendapati aktiviti sedemikian memberikan kesan buruk kepada ekosistem di pusat pembelajaran itu.

Mohd Hisamudin turut mempersoalkan Fadhlina Sidek tentang tindakannya mengetengahkan isu guru yang merokok sedangkan tumpuan kementerian pada tempoh ini adalah kempen larangan menghisap vape dalam kalangan pelajar.

Menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997: Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok, panduan telahpun digariskan bahawa bangunan dan kawasan sekolah adalah kawasan larangan merokok mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.

Bukan sahaja guru namun kakitangan, ibu bapa, atau mana-mana individu lain juga dianggap bersalah jika menghisap sebarang jenis rokok di persekitaran sekolah.


Adakah Tahap Bahaya Vape Sama Seperti Rokok?

Umum sedia maklum bahawa vape merupakan salah satu inisiatif lain bagi para perokok di luar sana untuk berhenti menghisap rokok.

Walaupun begitu, tidak dinafikan rokok elektronik ini mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan. Antaranya: 

  • Merosakkan bahagian otak yang mengawal tumpuan manusia.
  • Meningkatkan risiko ketagihan dadah.
  • Berisiko menghidapi serangan jantung dan strok.
Sumber: Malay Mail/Halo Doc

Terdapat juga mitos yang mengatakan penggunaan vape ini adalah lebih selamat berbanding merokok. Namun adakah kenyataan ini benar?

Satu kajian telah melaporkan bahawa sekiranya cecair dalam vape mengandungi nikotin sebanyak 20mg/ml, maka paras bahan kimia itu dalam darah adalah lebih kurang sama seperti rokok tembakau.

Oleh itu, kedua-dua jenis rokok ini bakal memberikan kesan sampingan buruk yang sama.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dicekup Merokok Oleh Pegawai KKM ‘Under Cover’ Di Bangunan Terminal KLIA2.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Digesa Teliti Semula Kesan Jangka Panjang Jika Cukai e-Rokok Tinggi

Baca Artikel Berkaitan: KKM Akan Beri Hukuman Terhadap Individu Yang Merokok Di Kawasan Bebas Rokok

Sumber: Astro Awani | Jiwa Sihat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd