Now Reading
Kerajaan Digesa Teliti Semula Kesan Jangka Panjang Jika Cukai e-Rokok Tinggi

Kerajaan Digesa Teliti Semula Kesan Jangka Panjang Jika Cukai e-Rokok Tinggi

Pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini menyaksikan kerajaan mengumumkan cukai sebanyak RM1.20 bagi setiap mililiter cecair vape, bagi cecair nikotin dan bukan nikotin – berkuat kuasa 1 Januari 2022/

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, kerajaan telah bercadang untuk mengenakan kenaikan cukai eksais ke atas produk cecair atau gel bernikotin – digunakan untuk rokok elektronik (e-roko) dan vape.

Menurut butiran Bajet 2022, pelaksanaan ini bertujuan untuk mengawal selia penggunaan rokok elektronik dan vape di Malaysia secara menyeluruh dan memastikan layanan cukai yang saksama ke atas semua produk rokok dan tembakau.


Dari RM0.40 kepada RM1.20 sen per mililiter (ml) bermula tahun 2022

Kredit: The Rakyat Post

Menurut laporan, sebelum ini cukai eksais dikenakan pada kadar 10% ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan cecair vape bersamaan RM0.40 sen per mililiter (ml) berkuatkuasa 1 Januari 2021.

Namun, bermula 1 Januari 2022 – kadar cukai untuk kedua-dua cecair vape nikotin dan bukan nikotin akan dinaikkan kepada RM1.20 per ml cecair vape.

Kerajaan diminta kaji semula kenaikan cukai e-rokok

Susulan perbentangan kenaikan cukai ke atas rokok elektronik/vape ini, pihak kerajaan digesa untuk meneliti akibat jangka panjang cukai eksais ke atas barangan vape yang baru diumumkan.

Pengarah Urusan Retail and Trade Brands Advocacy Malaysia Chapter (RTBA Malaysia) Datuk Fazli Nordin berkata walaupun ianya langkah penting ke arah mengawal industri vape yang berkembang pesat di Malaysia, kerajaan juga perlu mengkaji kesan kadar cukai yang tinggi ke atas barangan vape.

Pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini menyaksikan kerajaan mengumumkan cukai sebanyak RM1.20 bagi setiap mililiter cecair vape, bagi cecair nikotin dan bukan nikotin, berkuat kuasa 1 Januari 2022. Kadar cukai yang dicadangkan akan mengakibatkan lonjakan harga yang melampau untuk produk vape.

Pengarah Urusan Retail and Trade Brands Advocacy Malaysia Chapter (RTBA Malaysia) Datuk Fazli Nordin.

Laporan menunjukkan bahawa kadar eksais untuk produk vape akan lebih tinggi daripada harga runcit semasa produk ini.

Menurutnya lagi, sebotol cecair 30 ml misalnya, akan dikenakan cukai sebanyak RM36, iaitu hampir sama dengan harga runcit semasa.

Harga runcit sudah pasti akan meningkat, mendorong pengguna untuk mencari barangan yang lebih murah dan tidak dikenakan cukai.

Industri vape tempatan telah berkembang dengan ketara dalam beberapa tahun dan berada dalam kedudukan utama untuk berkembang lebih jauh. Kita sudah mempunyai landskap yang ideal, seperti akses kepada pasaran, peluang untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kestabilan makro ekonomi, pasaran buruh mahir dan responsif, serta infrastruktur yang dibangunkan dengan baik. Pelaksanaan kadar cukai yang tinggi boleh membatalkan kemajuan yang dicapai oleh industri dan dalam jangka panjang, boleh menyebabkan kerugian besar kepada PKS tempatan.

Pengarah Urusan Retail and Trade Brands Advocacy Malaysia Chapter (RTBA Malaysia) Datuk Fazli Nordin.

Kesan buruk terhadap kenaikan cukai e-rokok

Walaupun ini bermakna penjual produk vape boleh menjalankan operasi kedai tanpa perlu risau tentang kesahihan perniagaan mereka, kenaikan cukai ini boleh memberi kesan kepada negara dalam pelbagai cara.

Menurut laporan Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA), lebih 80% bekas perokok di Malaysia memberitahu bahawa vape telah membantu mereka berhenti merokok.

Ini menunjukkan bahawa vape mungkin merupakan alat berhenti merokok yang berkesan.

Kredit: Miera Zulyana/Malay Mail

Kenaikan kadar cukai ke atas cecair vape akan menyebabkan harga cecair vape meroket tinggi, sekaligus membawa kepada pengambilan rokok lebih banyak.


Perbandingan harga.

Cadangan cukai Malaysia agak tinggi mengikut piawaian Eropah.

Jerman hanya mengenakan €0.16 (RM 0.77) setiap ml mulai 1 Julai 2022, dengan peningkatan berkadar rendah setiap tahun. Kebanyakan negara Eropah hanya mengenakan kadar cukai yang rendah.

Malah sesetengah negara seperti United Kingdom, New Zealand langsung tidak mengenakan cukai ke atas produk vape.

Oleh itu cukai ini mungkin akan merugikan lebih ramai rakyat Malaysia berbanding di Eropah.

Kesan buruk lain.

Antara akibat negatif lain kenaikan cukai e-rokok ini adalah:

  1. Vaper akan kembali merokok.
  2. Mendorong pasaran gelap.
  3. Kekurangan peraturan dan piawaian keselamatan dalam penghasilan cecair sendiri.

Kerajaan harus memeriksa kembali kesan-kesan ini. Jika ianya akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan, dasar itu harus ditukar.

International Tobacco Harm Reduction Specialist, Clive Bates menerusi NST.

Presiden Advokasi Industri Vape Malaysia (MVIA) Rizani Zakaria berkata kadar cukai eksais ke atas vape dan e-rokok sepatutnya rendah dan tidak menjadikan harga produk vape lebih tinggi daripada rokok tembakau.

Kami berharap kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mengkaji semula kadar cukai yang telah ditetapkan kerana ianya agak tinggi. Kenaikan cukai akan menjadikan produk vape lebih mahal daripada rokok tembakau di Malaysia.

Presiden Advokasi Industri Vape Malaysia (MVIA) Rizani Zakaria menerusi NST.

Jelasnya lagi, seiring dengan perkembangan ekonomi dan perindustrian, kadar cukai yang dilaksanakan harus dibuat mengambil kira risiko produk ini yang kurang mudarat berbanding rokok tembakau dan memberikan manfaat kepada komuniti perokok tegar untuk menggunakan produk vape untuk berhenti merokok.


Untuk rekod – kajian daripada Grand View Research Inc. meramalkan saiz pasaran vape global akan mencecah AS$67.31 bilion (RM270.10 bilion) menjelang 2027.

Jumlah itu akan mencatatkan kadar pertumbuhan terkompaun tahunan sebanyak 23.8% dari segi hasil antara 2020 hingga 2027.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd