Now Reading
Lelaki Dicekup Merokok Oleh Pegawai KKM ‘Under Cover’ Di Bangunan Terminal KLIA2.

Lelaki Dicekup Merokok Oleh Pegawai KKM ‘Under Cover’ Di Bangunan Terminal KLIA2.

Pegawai-pegawai KKM tersebut sedang bertugas sambil menyamar sebagai orang awam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Di Malaysia, kita sering melihat perokok menghisap dan menghembuskan asap rokok hampir di mana-mana tempat, sama ada di jalanan, di tempat letak kenderaan, malah di restoran. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa tempat di mana merokok dilarang dan perokok akan dikenakan tindakan jika didapati melanggar larangan itu.

Kejadian sedemikian terjadi baru-baru ini di terminal Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Seorang lelaki dikenakan saman oleh dua orang pegawai dari Kementerian Kesihatan kerana merokok di KLIA2, lapor New Straits Times.

Insiden itu tular di media sosial apabila seorang pengguna TikTok @hanif_zubair merakam dan memuat naik rakaman tersebut di profil TikToknya.

@hanif_zubair Maaf bang. Bukan xnk tegur.. Tak sempat nak tegur dorg dah usya dulu. #kkm #klia2 ♬ Semakin Rindu Semakin Asyik – Amelina

Lelaki di dalam video itu dilihat sedang merokok bersebelahan dengan papan tanda ‘Dilarang Merokok’ sebelum ‘disapa’ oleh pegawai yang berpakaian seperti orang awam.

Netizen puas hati dengan tindakan kedua-dua pegawai tersebut terhadap perokok berkenaan.

Terdapat pelbagai peraturan mengenai tempat dan kawasan di mana individu boleh merokok. Antara tempat-tempat yang ditetapkan sebagai kawasan dilarang merokok adalah restoran, termasuk kawasan makan di luar restoran.

Namun begitu, masih ada individu yang tidak mengendahkan undang-undang dan papan tanda larangan merokok, seterusnya menyebabkan mudarat kepada orang ramai di sekeliling mereka.

Menurut sebuah artikel oleh Institut Kanser Negara, asap daripada produk tembakau yang dibakar dan asap yang disedut oleh perokok bergabung untuk menghasilkan asap rokok basi. Antara nama lain baginya adalah asap rokok secara tidak sengaja, asap tembakau ambien dan asap rokok pasif.

Kajian mendapati asap rokok basi mengandungi lebih 7,000 bahan berbeza. Sekurang-kurangnya 69 daripada bahan ini, termasuk arsenik, benzena, berilium, kromium dan formaldehid bersifat karsinogenik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd