Now Reading
KKM Akan Beri Hukuman Terhadap Individu Yang Merokok Di Kawasan Bebas Rokok

KKM Akan Beri Hukuman Terhadap Individu Yang Merokok Di Kawasan Bebas Rokok

Merokok tidak dibenarkan di 23 kawasan awam termasuk kedai makan, tandas, pengangkutan awam dan pejabat kerajaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Play stupid games, win stupid prizes.”

Pihak berkuasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi mencari dan mendenda perokok yang ‘menghembuskan asap’ di kawasan bebas rokok.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata penguatkuasa akan sentiasa membuat rondaan untuk mengenakan kompaun kepada mereka yang melanggar peraturan tersebut.

Khairy telah berkongsi beberapa gambar di media sosialnya dan memberi amaran kepada orang awam mengenai situasi yang bakal berlaku sekiranya masyarakat masih mahu merokok di khayalak ramai.

Pada tahun 2019, kerajaan telah mengenakan larangan merokok di semua restoran dan kedai makan seluruh negara di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau (PPKHT) 2004 (pindaan) 2018.

Mereka yang masih ‘menyalakan api’ atau ‘vape’ di lokasi larangan ini akan dikenakan denda RM150 bagi kesalahan pertama, RM250 bagi kesalahan kedua dan RM350 sekiranya masih berterusan melanggar udang-undang.

Peraturan 12 PPKHT 2004 juga menyatakan bahawa pemilik kedai makan perlu memastikan premis mereka kekal sebagai kawasan bebas rokok.

Pemilik kedai juga diminta untuk tidak menyediakan sebarang alat kemudahan kepada perokok seperti bekas puntung rokok ataupun perkhidmatan shisha dan hookah.

Selain itu, mereka perlu memastikan pelekat ‘dilarang merokok’ dipaparkan dengan jelas di kawasan premis makanan.

Terdapat 23 tempat berbeza di Malaysia yang telah ditetapkan sebagai kawasan bebas rokok di bawah PPKHT, termasuklah tandas awam, pengangkutan awam, kemudahan hiburan dan pejabat kerajaan.

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang secara terang-terangan melanggar peraturan ini dengan merokok di merata tempat meskipun amaran telah ditunjukkan seperti di dalam satu video tular di media sosial baru-baru ini.

Klip video di sebuah restoran di Johor Bharu itu menunjukkan sekumpulan individu merokok di bawah papan tanda larangan merokok.

Isu ini dilihat membimbangkan memandangkan Malaysia masih berada dalam krisis Covid-19.

Walaupun bukti mengenai perkara ini tidak dapat disimpulkan, pakar perubatan memberi amaran bahawa virus Covid-19 boleh dijangkiti melalui asap rokok.

Selain itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), perokok dan mereka yang mengambil sebarang bentuk tembakau tanpa asap seperti mengunyah tembakau akan lebih terdedah dengan jangkitan dan mengalami kesan sampingan yang teruk akibat Covid-19.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd