Now Reading
Isteri Rancang Kejutan ‘Kembar’ Siti Sarah Di Sambutan Hari Lahir Raisuddin

Isteri Rancang Kejutan ‘Kembar’ Siti Sarah Di Sambutan Hari Lahir Raisuddin

Kejutan membawa ‘kembar’ Siti Sarah itu dirancang oleh isteri kepada Raisuddin Hamzah ketika sambutan hari lahirnya.

kejutan 'kembar' siti sarah (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pemergian seorang penyanyi tanah air iaitu Siti Sarah Raissuddin ketika usia 37 tahun pada 9 Ogos 2021 lalu akibat Covid-19 memberi kesan bukan sahaja kepada ahli keluarga, malah seluruh rakyat Malaysia.

Siti Sarah dikatakan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) selepas ditidurkan dan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

BACA JUGA: Kenali Siti Sarah Raisuddin: Pemergian Yang Beri Kesan Kepada Orang Ramai

Kesedihan apabila kita kehilangan orang tersayang sememangnya tidak dapat digambarkan.

Sumber: People

Bawa ‘kembar’ Siti Sarah jumpa ayah

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Emy dikatakan memiliki wajah mirip dengan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Berikutan itu, Emy telah dijemput untuk bersama-sama memberi kejutan kepada bapa arwah iaitu Raisuddin Hamzah sempena dengan sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

Siapa sangka, kejutan ini dirancang sendiri oleh isteri kepada Raisuddin iaitu Siti Fatimah Saberi.

Waktu ramai orang cakap muka Emy sama macam arwah, suami saya teringin sangat nak jumpa. Memang ada rancang nak bawa jumpa tapi masih belum berkesempatan kerana masing-masinng agak sibuk.

Siti Fatimah Saberi, isteri kepada Raisuddin Hamzah.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (suciuwais), wajah Raisuddin agak terpaku selepas melihat kelibat Emy mirip seperti anaknya yang telah bertemu Ilahi.

Isteri Raisuddin juga dilihat mengalirkan air mata di meja makan kerana sebak melihat wajah seseorang yang seakan-akan arwah Siti Sarah. Salah seorang anak kepada Siti Sarah dikenali sebagai Uwais juga dilihat beberapa kali memandang wajah Emy.

Kami yang melihat video ini pun terasa sebaknya, inikan pula ahli keluarga arwah.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah meraih 2.8 juta tontonan.

https://www.tiktok.com/@suciuwais/video/7103803166101228826?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Netizen beri pelbagai reaksi

Tidak dinafikan, ramai yang turut sebak dan mengalirkan air mata melihat kejutan tersebut melibatkan seseorang yang mempunyai wajah hampir serupa dengan arwah Siti Sarah.

Namun, ada juga mendakwa wajah Emy tidaklah 100% mirip dengan arwah Siti Sarah.


Walaupun sudah hampir setahun pemergian Siti Sarah, tetapi ianya masih memberi kesan kepada orang ramai.

Sama-sama kita mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan para syahid. Amin.

BACA JUGA: [Video] Shuib Muat Naik Lagu Terakhir Dinyanyikan Siti Sarah Undang Sebak


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd