Kenali Siti Sarah Raisuddin: Pemergian Yang Beri Kesan Kepada Orang Ramai
Untuk makluman, Siti Sarah telah melahirkan anak lelaki sebelum ditidurkan lalu meninggal dunia awal pagi tadi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un.
Umum sedia maklum, pagi ini (9 Ogos 2021) pada jam 5:13 pagi kita semua dikejutkan dengan berita yang menyedihkan iaitu pemergian seorang insan yang bernama Siti Sarah Raissuddin, 37.
Siti Sarah dikatakan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).
Siti Sarah, suami yang juga pelawak, Shuib serta seluruh keluarganya telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.
Terdahulu, arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.
Arwah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan dan akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan.
Namun, selepas beberapa hari bertarung nyawa, Siti Sarah akhirnya menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
Al-Fatihah buat Siti Sarah Bt Raissuddin.
Siapakah Siti Sarah ini?

Nama penuh beliau adalah Siti Sarah binti Raissuddin.
Beliau dilahirkan pada 15 September 1984 di Ipoh, Perak dan kini berusia 37 tahun (2021).
Beliau mulai aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2002 dan merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang memperjuangkan genre muzik Pop, Pop Rock, Balada, dan R&B.
Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Bintang RTM 2001 di mana beliau telah dipilih sebagai antara finalis akhir.
Juga tidak ketinggalan, antara pencapaian yang pernah diterima oleh beliau, paling membanggakan adalah penyertaannya dalam World Championship of Performance Arts (WCOPA) sebagai wakil negara yang membawa pulang sebanyak 3 emas kepada Malaysia.
Siti Sarah juga telah mendirikan rumah tangga dengan pelawak terkenal iaitu Shuib Sepahtu pada 26 Februari 2011 dan sehingga kini telah mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.
Dua bulan sebelum ‘dipanggil’ Ilahi, ini yang Siti Sarah lakukan
Benar-benar satu pemergian yang memberi kesan kepada orang ramai.
Untuk pengetahuan anda, banyak amal kebaikan yang telah dilakukan oleh arwah Siti Sarah sebelum ini. Antaranya adalah seperti yang ditularkan oleh Nadir Al-Nuri pagi ini.
Perbualan terakhir Nadir bersama arwah di mana dia dimaklumkan bahawa arwah ingin korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit tetapi bukan satu bahagian sahaja.
Allah.
— NadirAlNuri (@NadirAlNuri) August 8, 2021
.
Tersentap kejap bila baca berita daripada @shuibsepahtu tentang pemergian @sitisarahraissuddin
.
Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya haji lepas untuk beliau ikuti program korban di Gaza kami. pic.twitter.com/TuWwLSU6Au
Arwah seolah-olah sedang mengejar untuk memberatkan timbangan amal kebaikan buat kali terakhir.
Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir. pic.twitter.com/YFgbAid3bL
— NadirAlNuri (@NadirAlNuri) August 8, 2021
Arwah juga sering berhubung dengan Nadir untuk bertanyakan tentang keadaan saudara-saudara di Palestin.
Ternyata, Allah telah menulis takdir arwah diambil nyawa dalam keadaan memikirkan umat dan peduli dengan nasib mereka yang terjejas di bumi Palestin.
Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.
— NadirAlNuri (@NadirAlNuri) August 8, 2021
Rupanya Allah takdirkan, nyawa beliau diambil dlm keadaan beliau memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah telah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging korban. pic.twitter.com/qIpW8eXCFG
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan para syahid. Amin.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.