Now Reading
[Video] Genap Setahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Pengalaman Sebak Dengan Arwah

[Video] Genap Setahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Pengalaman Sebak Dengan Arwah

Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 selepas disahkan positif Covid-19.

Genap Setahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Pengalaman Sebak Dengan Arwah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pemergian penyanyi terkenal tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin ketika berusia 37 tahun pada 9 Ogos 2021 lalu akibat Covid-19 memberi kesan bukan sahaja kepada ahli keluarga, malah seluruh rakyat Malaysia.

Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada jam 5:13 pagi selepas ditidurkan dan menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Kesedihan apabila kita kehilangan orang tersayang sememangnya tidak dapat digambarkan.

BACA JUGA: Kenali Siti Sarah Raisuddin: Pemergian Yang Beri Kesan Kepada Orang Ramai

Sumber: Instagram/shuibsepahtu

Genap setahun pemergian Siti Sarah

Pejam celik sudah genap setahun pemergian Siti Sarah akibat jangkitan Covid-19.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram suami Allahyarhamah (@shuibsepahtu), Shuib berkongsi satu video yang kerap membuatkan dirinya sebak dan sedih setiap kali melihatnya.

Video tersebut menunjukkan Siti Sarah tersenyum lebar ketika dijemput oleh Shuib selepas arwah isterinya mengidam makanan di restoran kegemaran ketika sedang mengandung lima bulan.

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah Siti Sarah ketika dijemput oleh Shuib menaiki kereta.

Genap setahun sayang pemergian you. Inilah video yang selalu buat i sedih yang teramat. Masa ni mengandung lima bulan you nak sangat makan di tempat favourite. Berkali-kali telefon sebab nak ajak pergi makan. Bila i pergi ambil buat pula muka comel dengan manjanya sekali.

Shuib Sepahtu

Shuib nasihat para suami untuk cuba penuhi permintaan isteri masing-masing

Dalam kesempatan itu, Shuib juga menasihati para suami di luar sana untuk menghargai isteri masing-masing sementara mereka masih ada.

Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang, cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.

Shuib Sepahtu.

Ramai yang turut sebak lihat video perkongsian Shuib

Di ruangan komen, ramai yang turut sebak melihat video tersebut dan mendoakan arwah Siti Sarah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kejap je masa berlalu tapi pemergian Siti Sarah masih lagi memberikan kesan walaupun kita tak mengenalinya secara rapat.

Semoga roh arwah mendapat rahmat daripada Allah SWT.

BACA JUGA: Isteri Rancang Kejutan ‘Kembar’ Siti Sarah Di Sambutan Hari Lahir Raisuddin


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd