Now Reading
4 Individu Maut Patah Leher Lepas Sahut Cabaran TikTok Untuk Lompat Dari Bot

4 Individu Maut Patah Leher Lepas Sahut Cabaran TikTok Untuk Lompat Dari Bot

Bahagian Peronda Marin Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama (ALEA) mengesahkan tiada bukti kukuh insiden maut melibatkan aksi melompat dari bot itu melibatkan cabaran dari TikTok.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sejak adanya platform media sosial, pelbagai trend yang wujud sehingga sesetengah pengguna tidak dapat mengikuti perkembangannya.

Antara trend yang pernah wujud dan tular di TikTok adalah tentang ‘unboxing by husband’ dengan cara para suami membantu menanggalkan aksesori pada pengantin perempuan selesai majlis pernikahan mereka.

Selain itu, ‘prank’ mengunci kanak-kanak di dalam sebuah bilik yang dipasang dengan audio hantu mengilai juga pernah menjadi ikutan pengguna TikTok.

BACA JUGA: ‘Prank’ Budak Kecil Dengan Audio Hantu Mengilai, Trend TikTok Ini Dikecam Ramai

BACA JUGA: Pendakwah Agama Larang Netizen Ikut Trend ‘Unboxing By Husband’ Di TikTok


Sekurang-kurangnya Empat Lelaki Maut Selepas Sahut Cabaran TikTok Terjun Dari Bot Berkelajuan Tinggi

Terbaharu memetik laporan Forbes, wujud satu lagi cabaran baru yang dikenali sebagai #boatjumping di TikTok iaitu melakukan aksi melompat dari bot yang bergerak dalam kelajuan tinggi.

Skuad penyelamat bandar Childersburg, Kapten Jim Dennis mendedahkan cabaran tersebut kini menjadi ikutan di Amerika Syarikat dan telah meragut empat nyawa di Alabama dalam tempoh enam bulan lalu.

Kematian pertama direkodkan pada bulan Februari lalu. Lebih malang lagi, cabaran yang dibuat oleh si ayah itu sempat dirakam dan dilihat sendiri oleh isteri dan anak-anak dalam bot yang sama.

Kematian serta-merta itu didapati berpunca daripada leher mangsa yang patah ketika melakukan cabaran berkenaan.

Sumber: TikTok @dayyatchchatters

Dennis menjangkakan lebih ramai individu yang akan menjadi mangsa kerana mahu menyahut cabaran tidak berfaedah ini memandangkan cuti musim panas semakin hampir.

Tambahnya lagi, masyarakat pada zaman kini lebih cenderung untuk melakukan perbuatan yang tidak bermanfaat hanya kerana mahu memuat naiknya di media sosial.

Sebenarnya kematian seperti ini boleh dielakkan tetapi kerana mahukan perhatian dan pengaruh, mangsa sanggup menyahut cabaran yang tidak berfaedah ini.

Skuad penyelamat bandar Childersburg, Kapten Jim Dennis.

Trend Dan Cabaran Di TikTok Yang Boleh Meragut Nyawa

Terdahulu, beberapa cabaran lain pernah menjadi ikutan di TikTok dan berisiko tinggi untuk membahayakan keselamatan diri. Lebih merisaukan lagi, ia sudah pun meragut beberapa nyawa.

Antara cabaran tersebut adalah:

  • Cabaran Blackout
    • Trend itu dilakukan dengan mengikat kain di leher sehingga sesak nafas dan pengsan.
  • Cabaran Malaikat Maut
    • Cabaran itu dilakukan dengan cara berada di atas jalan raya dan cuba mengelak pada saat akhir lori yang dipandu menuju ke arah mereka.
  • Cabaran Benadryl
    • Mereka yang melakukan cabaran ini akan menelan beberapa biji tablet antihistamin untuk mendorong kepada berlakunya halusinasi sebelum menyiarkan video pengalaman mereka.

Untuk anda di luar sana, elakkan dari melakukan mana-mana cabaran yang boleh mengakibatkan risiko keselamatan diri anda dan orang lain.

Jangan hanya disebabkan mahu dikenali ramai, anda sanggup melakukan perkara tidak sepatutnya.


TikTok Beri Respon Tentang Kes Individu Maut Didakwa Kerana Cabaran Lompat Dari Bot

Selepas tularnya kes tentang kematian empat individu yang maut akibat melompat dari bot berkelajuan tinggi, TikTok mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Bahagian Peronda Marin Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama (ALEA) selepas mengesahkan tiada bukti kukuh melibatkan cabaran dari TikTok.

Pada 3 Julai, tular satu brita tentang amaran terhadap trend TikTok yang membawa maut selepas insiden lemas berlaku. Walau bagaimanapun, maklumat yang dikeluarkan itu adalah tidak benar. Pihak ALEA tidak mempunyai sebarang rekod kematian yang dikaitkan dengan cabaran TikTok.

Bahagian Peronda Marin Agensi Penguatkuasaan Undang-undang Alabama (ALEA)

Berikutan itu, pihak TikTok memaklumkan mereka juga mempunyai panduan mudah tentang keselamatan melibatkan pengguna golongan remaja dan dewasa apabila mereka menjumpai mana-mana kandungan yang berbahaya secara atas talian.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd