Now Reading
Pendakwah Agama Larang Netizen Ikut Trend ‘Unboxing By Husband’ Di TikTok

Pendakwah Agama Larang Netizen Ikut Trend ‘Unboxing By Husband’ Di TikTok

Walaupun berada di hadapan orang buta, para wanita masih perlu menutup aurat dengan sempurna.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Anak-anak muda zaman sekarang ni pantang kalau nampak ada trend terbaharu di TikTok.

Sebelum ini, pernah tular tentang trend sekumpulan anak muda berkumpul dan memacak khemah di kawasan parkir di Genting Highlands.

Ada juga yang siap pacak khemah di stesen minyak Petron juga.

BACA JUGA: Trend Pacak Khemah & Lepak Dekat Parkir Di Genting Highlands Undang Kemarahan

Trend unboxing by husband pula

Baru-baru ini, trend ‘unboxing by husband’ pula menjadi ikutan pengguna di TikTok. Trend ini dilakukan oleh pasangan pengantin baharu, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita berhijab.

Video tersebut menunjukkan para suami membantu menanggalkan aksesori pada pengantin perempuan bermula di bahagian kepala terlebih dahulu.

Rata-rata warganet mengecam trend tersebut kerana dianggap kurang sopan untuk dilihat oleh orang yang bukan mahram.

Dilarang di sisi agama Islam

Trend ini juga mendapat perhatian seorang pendakwah bebas iaitu Dr. Ahmad Sanusi apabila dia memuat naik satu posting di laman Facebook miliknya.

Menurut pendakwah ini, trend ‘unboxing by husband’ ini BERCANGGAH dengan prinsip agama Islam yang memerintahkan suami untuk memelihara kehormatan isteri.

Biarlah para suami sahaja yang melihat kecantikan isteri mereka.

Kredit: Kosmo

Walaupun berada di hadapan orang buta, para wanita masih perlu menutup aurat dengan sempurna di hadapan individu bukan mahram.

Berdasarkan hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah SAW pernah bersabda:

احْتَجِبَا مِنْهُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَلَيْسَ هُوَ أَعْمَى لاَ يُبْصِرُنَا وَلاَ يَعْرِفُنَا؟ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ: أَفَعَمْيَاوَانِ أَنْتُمَا أَلَسْتُمَا تُبْصِرَانِهِ

“Hendaklah kamu berdua memakai hijab. Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia?”

Dr. Ahmad Sanusi juga meluahkan kerisauan sekiranya trend ini menjadi ikutan anak-anak muda yang masih bersekolah ataupun pasangan pengantin yang lain.

Pendakwah ini juga menegaskan bahawa istilah ‘unboxing’ tidak sepatutnya digunakan pada isteri kerana mereka bukannya barangan yang anda beli.

Lindungilah maruah isteri

Kredit: Seekers Guidance

Maruah isteri sepatutnya dilindungi dan dijaga sebaiknya oleh para suami.

Cantik macam mana pun isteri anda, cukuplah sekadar menjadi tatapan suami sahaja. Barulah istimewa, betul tak?

Mungkin ada yang tidak tahu trend ini bercanggah dengan agama Islam. Tak apa, perkara yang lepas jangan diulang ya.

Belajar dari kesilapan. Okay? 😊


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd