‘Prank’ Budak Kecil Dengan Audio Hantu Mengilai, Trend TikTok Ini Dikecam Ramai
Trend TikTok itu dilakukan dengan meninggalkan kanak-kanak tanpa golongan dewasa dalam bilik yang dibuka audio hantu mengilai.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Di platform TikTok, memang macam-macam trend yang akan menjadi ikutan pengguna media sosial dengan pelbagai latar belakang muzik.
Sesetengah trend tersebut kadangkala dilihat kurang sesuai kerana mempunyai gerakan yang tidak baik dan sebagainya.
Sebelum ini, trend ‘unboxing by husband’ pernah tular di TikTok dengan cara para suami membantu menanggalkan aksesori pada pengantin perempuan selesai majlis pernikahan mereka.
BACA JUGA: Pendakwah Agama Larang Netizen Ikut Trend ‘Unboxing By Husband’ Di TikTok
Trend kunci anak kecil dalam bilik dengan audio hantu mengilai
Terbaharu, satu lagi trend di TikTok yang sedang menjadi ikutan ramai iaitu dengan mengunci kanak-kanak di dalam sebuah bilik yang dipasang dengan audio hantu mengilai.
Trend itu dilakukan dengan cara golongan dewasa memasang audio hantu ketika bersama dengan beberapa orang kanak-kanak sebelum mereka lari keluar dari bilik meninggalkan anak kecil yang ketakutan.
Trend ini bukan sahaja menjadi ikutan di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Demi menghasilkan konten berbentuk hiburan, golongan dewasa ini sanggup membiarkan anak kecil menangis ketakutan.
Orang ramai nasihat untuk elakkan trend ini berterusan
Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (AmirulRuslam), trend ini menjadi perbincangan orang ramai selepas ianya dilihat memberi kesan dari segi mental kepada kanak-kanak yang terlibat.
Lelaki ini memberi pendapat bahawa kanak-kanak sepatutnya diajar untuk hanya takut kepada Allah SWT dengan cara menjauhi laranganNya dan mengikut segala suruhan.
Namun, trend ini pula dilihat seolah-olah mengajar golongan anak kecil untuk takut kepada hantu.
Malah, ramai juga pengguna media sosial meluahkan rasa risau sekiranya aksi yang dianggap sebagai gurauan ini menyebabkan kanak-kanak mengalami trauma serta mengakibatkan penyakit mental.
Ramai yang merasakan aksi dilakukan oleh golongan dewasa ini sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kerana akan menyebabkan mereka tidak berani untuk ke mana-mana seorang diri.
Hukum ‘prank’ dalam Islam
Menurut penjelasan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum asal bergurau atau ‘prank’ adalah dibolehkan selagi mana ianya tidak melampaui batas.
Tetapi sekiranya gurauan tersebut menyebabkan aski penipuan, membuka aib serta menakut-nakutkan orang lain makan hukumnya adalah HARAM dan tidak boleh dilakukan.
Lebih-lebih lagi apabila video ‘prank’ tersebut dirakam dan dimuat naik di media sosial, pastinya ianya akan membuka aib serta akan menjatuhkan maruah individu berkenaan.
Nasihat kami, elakkan dari terjebak dengan trend yang memberi kesan negatif demi tujuan menghasilkan konten berunsur hiburan.
BACA JUGA: Hukum ‘Prank’ Dalam Islam
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.